Cik Melur

.Kronologi Gadis Manis. Oke, Muntah-lah Sikit. Jangan Banyak Sangat.

Kalau aku jumpe Mr Kanna, aku suke letak idung aku kat bahu dia, pastu bau. Haha. Mcm pelik la pulak perangai camtu. Tapi tak sopan? Eh, lantak aku lah kan!

Mr Kanna selalu berbau macam bedak bayi. Dah berkali-kali aku tnya ada bedak bayi ke kat umah, tapi dia cakap dah bertahun2 tak beli bedak. Mungkin bau deodorant, katanya. Tak kisah la, janji aku suke bau tu. Tak pakai perfume pun, dah selesa baunya.

Tapi, itu Mr Kanna, dia sentiasa berbau wangi dan sangat selesa bila keluar bersama. Haha. Ada tak boipren korg ke, kawan laki korg ke, yg ada bau kurang menyenangkan? Yg dari ketiak tu? Haha. Ape korg buat ha? Diam atau bagitau je? If bagitau, camne korg bgtau?

Nk bgtau direct, mcm takut dia segan la plak kan. So, ape kate korg cuba salah satu cara di bwh ni:


Cara 1: Kaver line

Masa berborak dgn dia, kau pegi dekat sket ngan dia, buat mcm menghidu. Pastu ko ckp, "Hey, nape arini you takde 'bau tu'??"

Dia mesti pelik, so dia mesti tnya, "Bau ape plak?" Pastu ko ckp la, "Alaa, bau mcm lavender sket. Arini you bau mcm lavender hangit. You LUPA pakai pape kot?" Ko tekan sket perkataan LUPA spy dia takde la rase mcm busuk sgt. Haha. Padahal busuk giler!

Before korg berpisah nak blk, atau abis date, ko ckp lg, "Bsok kite jumpe, jgn lupa i nak you bau mcm lavender yg slalu tu tau!"

Bsok bila beliau excited nk jumpe ko, caye lah, dia mesti ready punye dgn bau lavender YG SBNRNYA TAK PERNAH WUJUD SBLM NI! Hak hak hak!


Cara 2: Investment

Kalau korg tak berani gune cara pertama, korg buat je lah cara kedua ni. Tapi kene invest sket la. Korg beli siap2 dulu deodorant laki. Pastu bila ko jumpe laki ko tu, ko bagi jek lah kat dia. Ko bagi white lie (tipu sunat) sket la.

"Mak aku menang cabutan bertuah. Bapak dah takde, sape lagi nak pakai. You je lah laki yg I kenal!"

"Adik laki i punye pasal la ni. Aritu i beli utk dia, dia ckp i slh beli. I geram btol. Takpe, you pakai yer. Eh, you pakai skrg lah! I nak bau jgk! Hehe!"

Bila dia dh pakai, ape lagi, puji2 dia sampai dia kembang kempis! Baru dia tau nak pakai lenkali bila kuar date ngan korg!


Oh ya, kalau kedua2 cara tidak berjaya, ko je lah yg letak perfume byk2 spy bau korg mengatasi bau drg tu! Muaahahaha...

Cuti semester yg lepas, adik pompuan aku blk lepak2 kat umah mak. Dia tu fesyen conscious sket. Perut kembung sket, dah bising2. Peha besar sket, pandang2 sinis.

Aritu dia nk keluar. Tak ingat nk gi mane. Tapi dia sebok la mencari apa yg nk pakai. Nasib baik aku de kat umah, so xde la dia slongkar baju aku. Kalu aku takde kat umah, mmg laju jer slongkar baju aku! Cisdel sungguh.

Dia tnya mak aku, "Ma, where's my black leggings?"

Lantas mak aku jawab, "See in the cupboard la! You people put your clothes here and there, then you ask me!"

Ah, kene bebel. Semua kena tempias.

Tapi pastu mak aku ckp lg, "See in the bottom drawer."

Cis. Dia tau je mane leggings tu, tapi saje nak bagi panas ktrg.

Adik aku pun pegi la cari legging dia tu. Pastu dari bilik dia jerit plak, "Where got leggings in here?"

Mak aku yang tgh sibuk layan citer Indon, bingkas bangun dan menuju ke dlm bilik sambil bebel2. Dia bukak bottom drawer tu n bwk kuar legging hitam tu, pastu tunjuk kat adik aku, "Ni ha, ni ape??"

Ni bukan leggings. Ni pantyhose!

"That's not leggings la, ma. That's a pantyhose!" adik aku balas. Lol. Rupa2 nya mak aku dah mistaken, leggings ngan pantyhose. Mak aku dh pasrah, last2 dia ckp, "Cari la sendiri. Jangan tanya ma lagi." lalu pi sambung tgk tv.


Beza Leggings and Pantyhose? Mudah je!

Pantyhose kaver sampai ujung kaki.

Leggings setakat bawah lutut atau sampai ankle je! Hehe.

Ni baru leggings. Oh Mary-Kate Olsen, you sangat cantik lah pakai leggings tu!


Semalam CikMelur sakit. Sakit tak berapa nak sakit. Eh? macamana plak tu? Ala, sakit tapi secara lahiriah bole nampak cam tak sakit.

Serius semalam merupakan hari tak best buat CikMelur. Bangun pagi-pagi dah pening-pening lalat. Terus sent sms kat budak-budak tadika, arini kelas batal. Tapi CikMelur gagahkan jugak mandi dan bersiap sebab mulanya CikMelur pikir pegi jela keje, nanti tido je kat bilik mainan budak-budak tu (malas nak pegi jumpe dokte punye pasal)

Tapi bila sampai je kat Tadika, dah rasa tak bley blah. Menyucuk-nyucuk peningnya. Dan di waktu yang sama, gusi CikMelur berdenyut-denyut. Rasa cam nak pecah gusi.


Lantas, CikMelur pegilah jugak Klinik Dokte Kohkohkoh. Akhirnya beliau bagi CikMelur MC. "Pulang dan rehat dan jangan makan banyak sangat gula" kata Dokte KOhkohkoh dengan senyuman manis. (Eleh, nak tunjuk gigi die cantik la tu)

Balik dari Klinik, CikMelur terus pecut BMW7Series pulang ke rumah. Tapi, sebelum pulang haruslah singgah sebentar di kedai makan untuk membeli makanan. Kata dah tak larat kan, nanti sape plak nak masak kat umah. CikMelur mana ada orang gaji. Miss Lalitha plak bukan reti masak (Eh, eh, kutuk Lalitha plak)


Jadi lauk sodap yang cikMelur beli semalam ialah:

1. sambal udang ngan petai harum sundal malam


2. masam asam batang keladi miang



3. sayur peria terhebat


4. nasi putih ibarat 1 baldi peluh petani





Tengok, walaupun cikMelur sakit, tapi nafsu makan tetap tinggi. Jadi camno orang bley ckp, kalo sakit, mesti jadi kurus? bendalah tu tak menjadi-lah kat CikMelur.

Sebab..

makan itu memang nikmat! Lazizah Jiddan!

p.s Bersyukur sbb deria rasa ta pernah pudar lagi. :)

Bila dah sampai kat tol dari perjalanan yang panjang, kompem anda akan rasa ghairah sebab dah nak dekat sampai destinasi. Betul x?


Jadi, untuk menambahkn kegirangan hati anda yang hampir sampai ke destinasi, CikMelur sarankan anda melakukan perihal yang berikut:

1. Bila sampai kat depan tol gate girl/boy tu, bagi salam dengan senyuman paling manis sambil cakap "Akhirnya, saya jumpe juge awk! gembirenya sayang!"

2. Jangan bagi tiket dan duit tol selagi tol gate girl/boy tu ta mintak. Pandang je muka die sambil senyum simpul. Sajela na bagi die saspen

3. Bila die nyatakan harga tol, anda mintak tawar. Cakaplah yang anda dtg dari jauh. Bukan senang nak sampai sini, anda orang susah, adik beradik ada 10 dan sbagainya. Kalau die ta bagi jugak harga murah, anda buat muka sedih sambil menghulurkan duit syiling 1 beg. ingat, duit syiling lebih effektif.

4. Bila die tgh kira nak bagi duit baki, suruh rakan sebelah buat bunyi kambing berkali-kali. Bila toll gate girl/boy tu memandang ke dalam kereta, cuba senyum dan cakap "Itu bunyi kambing saya. Kambing jadian. Awk ada kambing?"

5. Bila tol gate girl/boy menyerahkan wang baki di tangan anda, anda pandang muka die dngan pndgn bersinar dan cakap "lembut betullah tangan awak ni!"

6. Bila nak bertolak dari tol,lambai tangan berkali-kali dan jerit "selamat tinggal *suzana/karim!"

*nama boleh diubah mengikut kesukaan anda.



p.s CikMelur tensi bila tac n go tak bley guna dan tepakse beratur panjang-panjang kat tol nih. heh. nasib baik CikMelur bawak biskut gula. Sebab tu jadi sawan sb terlebih makan gula(T.T)

p.s.s oh, ini tips dari kejadian sebenar. haha

Benarkah? Boleh dipercayaikah?

Org ckp, kalo kite muda, bujang trang tang tang, pastu tade boipren mahupun tunangan, pastu kite jd pengapit orang lain, maka akn berkawen lambatlah orang tersebut. Kenapa ada persepsi cenggini ek?


Cik Melur bukan ape, kawan baik Cik Melur nak kawen tak lama lagi. Beliau suruh Cik Melur jadi kuli batak beliau: mengipas beliau ketika sedang senyum kerang busuk depan org ramai nanti, oh ya, dan memayung beliau ketika tgh terhegeh2 jalan kat tengah panas, dan paksa Cik Melur makan sebelah beliau semasa beliau makan tersipu-sipu makanan tak masuk mulut.

Abang Cik Melur sume gelakkan Cik Melur bila Cik Melur tanya nak jadi pengapit ke tak? Dorang ckp, kalau Cik Melur jadi pengapit jugak, nanti lambat la adik Cik Melur kawen. *sebab ta bole nak langkah bendul*

TapiCik Melur heran la. Dari mana datangnya perkara rapikan begitu? Cik Melur plak risau-risau ni takut kawen lambat. Ehek *gatal juga Cik Melur nak berlaki awai* haha

Semalam (oke tipu, semalam hari bekerja, tak mungkin pergi berjalan!) HUJUNG MINGGU lalu, Miss Lalitha dan Mr Kanna jalan2 di sekitar Lowyat dan Times Square untuk mencari baju. Kononnya, Mr Kanna tu lelaki bekerjaya dan perlu baju yang smart, awesome dan handsome. Cehh.

Tengah jalan2 tu, berkumandang pula lagu Westlife dari corong2 radio satu kedai baju tu. Wah, nostalgik abis! Emosi kejap aku kat tepi kedai tu. Mr Kanna tarik tangan pun tanak berganjak oke! Dah tu, aku buat dunno je dgn Mr Kanna sambil nyanyi2 ikut rentak lagu Westlife. Ye lah, tetibe teringat pulak zaman muda-mudi aku. Dulu nak beli CD mahal oh. Yang mampu, beli kaset Westlife jek. Dah tu, masa tu muda remaja, duduk gosip2 dengan kawan2 skolah sangat best. Especially tang Brian Westlife nak kawen dengan minah Atomic Kitten tu. Wahh, sangat haru oke!

"Woitt! Dah lah tu! Dah nak dekat kol 3 nih! Cepatlah!" Ahh, Mr Kanna ni takleh tengok orang emosi kejap pun! Cehh! So what dengan pukul 3 tu! Oh, lupa. Secret Recipe bagi teh percuma dari 3-6pm bila kita makan cake! Harus pergi! Jom sayang! Ahax.

Sampai kat Secret Recipe, lagu Ketemu Pakcik Husin pulak yang berkumandang. Lagu Untukmu. Waaaaaa...!!! Haru lagi yer kalian. HARUSLAH HARU! Kerna lagu INI-LAH (tekan perkataan tu abis2) yang lebih kurang menemukan aku dan Mr Kanna. Ahh. Sweet habis aitelyu!

Gambar asal hasil rompakan Deviantart.
Diedit dengan penuh rasa cinta oleh Miss Lalitha.


Tapi lebih haru bila Mr Kanna lebih sibuk memilih kek daripada menyanyi bersama! Tension wa cakap lu!


Eh. Korang takde ke lagu yang membawa seribu satu makna?

Dulu, masa tunggu result SPM, mak Cik Melur ske paksa Cik Melur belajar hal ehwal wanita. Blajar masak la, blaja jahit la, blaja jaga budak la, blaja protokol makan la, blaja cakap sopanla, blaja komputer la. Kirenya mak Cik Melur nak jadikan Cik Melur ni wanita idaman setiap jejaka Malaya lah camtu. Pandai segala-galanya. Bley jadi housewife solehah gitu.

Tapi malangnya, Cik Melur ni tak ske la kerja girly-girly ni (masa tu hati keras tauu. slalu dengar lagu linkin park. eh, ada ene mengena ke?) Jadi, setiap kali pegi kelas blaja mende-mende tu mesti Cik Melur tarik muka 18 ngan mak Cik Melur.

Satu hari, Cik Melur pegi kelas menjahit. Pastu mak Cik Melur plak tak dapat dtg jmpt CikMelur. Huih, bengang btul time tu, sebab kene jalan kaki balik rumah! Jauh tu, ada 3 traffic light kene tempuh. Marabahaya! Dibuatnya kereta tak nampak Cik Melur kang, kene langgar, sapa sakit? huh


Sampai kat traffic light ke 3, ada banyak sangat mat motor kacaks. Oke, time tu Cik Melur dah glabah da sebab kene usha oleh ramai jejaka. Dahla time tu Cik Melur pakai baju kurung dgn bawak beg ada pembaris-pembaris buat baju tu, jadi terserlahlah kerajinan menuntut ilmu jahitan.Jadi cun harus dikontrol sebaik mungkin. ngahaha.


Cik Melur tunduk je masa lintas jalan tu sebab nak kaver cun kan. Tibe-tibe "DEGANG"..

Cik Melur tak sedar kepala dah langgar traffic light kat depan. hukhuk. Sakit tolak tepi sebab time tu mat motor kacaks semua dah gelak-gelak. Oh, malunya.. mana nk letak muke nih..uhuk uhuk

Mat motor tu pun ramai-ramai la dok usik

"Sakit Kaklong?"
"Kenapa jalan tunduk kak long, malu ek?"
"Lain kali pandang depan kak long"
"Kak long malu ke? muka dah merah"




Waaaaaaaaaaaaa..siot betul!!!! sampai skang CikMelur beringat. LINTAS JALAN TOKSAH KAVER CUN. hukhuk

Ciri-ciri seorang diva seperti Miss Lalitha:

Rambut hitam paras bahu.
Kontek lens Nudy Brown.
Bibir sensual mmuahh mmuahh.
Hidung comel - Mr Kanna sahaja boleh usik!
Lesung pipit hidup segan mati tidak sesekali.
Gigi jongang tapi senyuman tetap meletup tup tup kau memang da bomb.
Ketinggian diterima Air Asia (MAS ape kelas!).
Ukuran pinggang tidak berani diukur.
Ukuran buah dada - maaf, tidak boleh reveal -


Nak tambah puji, boleh add kat komen. Nak mintak puji, oh, tak lalu ai!

Hari ni Cik Melur dengar Hot fm. Topik hangat hari ni pasal sahabat baik. Um. Cik Melur sebenarnya ada raaaaaaaaammmmmmmmaaaaaaaaaiiiiiiii sahabat baik. (penggunaan huruf yang banyak bagimenggambarkan ke'ramai'an :P) kalau Cik Melur list down semua, nanti sampai malam pun tak habis. Ngee

Semuapun ada baik buruk tersendiri. Banyak baik dari burukla walaupun kadang-kadang suka cakap kotor TT. Cik Melur tak terlibat. Cik Melur kan sopan. hee.

Ada yang suka melawak sentiasa, ada yang boleh diharap time susah, ada yang tak berkira wang dan makanan (Oh, yang ni Cik Melur paling sayang :P) Kadang-kadang diaorang suka cakap kasar (tersentuh hati tau). Kadang-kadang tu ambil sabun basuh tak cakap pun, tau-tau je dah tinggal sikit. Ada tu pulak suka kutuk-kutuk depan muka. huuu.

Tapi Cik Melur tak kisah semua tu, sebab cik Melur tau, dia orang pun tak simpan dalam hati kalau Cik Melur buat nakal kat diorang juge :D

Semua besfren Cik Melur cantik-cantik. Serius tak tipu.

kan?kan?


Tapi, Cik Melur bukanlah pandang paras rupa bila berkawan. Bagi Cik Melur, semua manusia cantik belaka. Takde pun yang tak cantik. Yang penting, hati budi. Bila hati budi cantik, muka ta cantik pun dipandang manis :) macam Cik Melurlah. Hak hak hak

Yang penting, tak kisahlah kiteorang penah iri hati, dendam, pukul-memukul, tarik rambut atau koyakkan baju sekalipun, kiteorang still lagi stick together-gether.



I LOVE YOU MY FRIENDS!! Muaaahhh!!~




Awak nak jadi kawan baru saya? (Buat mata bulat, shining2 :P)