Cik Melur

.Kronologi Gadis Manis. Oke, Muntah-lah Sikit. Jangan Banyak Sangat.

Esok Da April. Bulan April bulan besday orang-orang kesayangan. Ada besday ibu. Ada besday ayah. Ada besday Bedah (Eh, bedah bukanlah kesayangan sangat =.=) Satu benda yang paling best masa April masa 1 hb. Sebab ada April Fool. Orang Melayu fanggil "April Budus". Ye, ye, CikMelur tau, itu bukan budaya orang Timur cam kita nak kena-kena kan orang nih. Nak-nak plak orang Timur nih banyak sentap-sentap. Baru gurau sikit rajuk dah panjang. huuu.



CikMelur ingat lagi, dalam 3 taun lepas, CikMelur bosan-bosan duk umah pas balik keje n hari tu CIkMelur tak berAprilFOOL lagi. Jd rasa cam ta lengkap la ta kenakan orang. hikhik. Soooo, CikMelur kol ah membe baik CikMelur yang duk Sentul masa pukul 10 malam. Saja la timing malam sebab membe nih Cikgu sekolah. Haruslah kesan tensyen tu lama sikit :P


CM: Kin, CM rasa sangat bengang duk kat umah nih, kuar jom. Panas duk umah nih mengadap osmet tak semenggah nih.

Kin: Loh, kenapa plak? Oke, oke, Kin layan CM. Bila nak datang?

CM: Lagi 30 minit (letak tipon supaya kedengaran serius. dlm hati gelak-gelak kecil)



Tapi... lepas 15 minit, CikMelur kol balik



CM: dah ada kat bawah nih

Kin: Hoh. Awalnya. tak siap lagi nih. Jap-jap, pakai tudung jap.

CM: ok


Lepas 5 minit, Si Kin nih kol CM.


Kin: Weh, kat mana?? Kata ada kat bawah. Seram ah bawah nih.

CM: Oh, CM tipu je. Cm ada kat umah nih. Hehehehe. APRIL FOOOLLL!!! hikhik. Tamau maraaa
....

....

....

CM: Kin, Oke tak nih???

Kin: Pegi jahanam la kau punya April Fool. Aku sanggup ta makan megi aku da kembang tadi sebab tekocoh-kocoh nak siap. Aku dah la lapar gile tak makan dari siang! Boleh berambus ko punye April Fool

CM: err..Kin...(telepon dah letak)



ERK. OKE. MY BAD. MY BAD. Kin ta nak pikap kol CikMelur 2 minggu tahu.. Habis la bengang benar beliau ta dapat makan megi.. hukhuk.. Nasib bek skang da baik tahap peluk-peluk, laga pipi bila jumpe sekali sekala. :P



Korang kalau nak kenakan kawan berpada-pada tahu.. Jangan buat kawan sentap, nanti sadis plak hubungan korang..

Aritu aku naik bas Metro. Menuju ke mana, menuju puncak. Erk. Maaf, ini penangan musim akademi fantasia. Go go Iwan! Aduhh. Maaf, terbabas lagi.

Ada sepasang kekasih duduk di hadapan aku. Yang pompuan tu, boleh tahan montok la body dia. Sedap kalu ra-.. eh, ape aku ni! =.= Yang laki tu, kurus kering, pendek dan bermisai ala2 Rajenikan. Heh. Pompuan tu ada macam manja2 sket. Pegang2 tangan boipren dia tu. Selak2 rambut boipren dia yang eeeuuuw, aku tanak cakap lah!

Dah tu sebelum boipren dia turun kat destinasi dia, pompuan tu mintak boipren cium pipi dia! Wat the hell?! Depan aku oke! Aku macam harap sangat ia semua gurauan tapi sangkaan ku meleset bila ku dengar “mmpwaa” “mmpwaa” “mmpwaa”. Eh, camtu bunyi kissing tak? Ah, taram la! Yang penting, diorang kissing okay! Cium pipi, cium dahi, cium mulut. Yer, semua pompuan tu MINTAK! Cam haram! Ahh, memang haram pun! Wohh, dah lah siap dengan sound efek kan. Aku pandang tepi aku, abg indon pun toleh oke. Eeeuuuww!! Ape ni, memalukan rakyat Mesia! Aku malu dengan diorang!


Hoh! Korang yer yang kiss dalam bas aritu!


Tu dah kira nasib baik aku yg duduk belakang diorang. Kalu budak sekolah nampak, pe citer? Bangang binti bongok betol lah pompuan tu! Very the sakit hati oke! Aku nak kiss pipi Mr Kanna ms anta aku pulang dengan keta pun aku segan. Ni dalam bas wei. Agak2 lah! Panas aku. PANAS! MENYIRAP aku masa tu!



Tapi nak tegur, tak berani plak. Huk2..

Gadis-gadis luar sana, CikMelur nak bagi nasihat sikit. TAK PERLU seksi-seksi sangat bila keluar rumah. Kenapa? Ada sebabnya.

Sebab 1:
Cuaca di Malaysia nih panas. Kalau seksi sangat maka akan berbelang-belanglah warna kulit anda. Alangkan cikmelur yang berpurdah nih pun ketara warna kulit dahi dengan dagu tahu. TT


Kan CikMelur kata, jangan seksi kat luar, kan da berbelang kulit!

Sebab 2:
Katalah cikMelur nih konservatif ke hape pun, tapi gadis manis yang bercirikan keTimuran tak akan memakai pakaian seksi-seksi hanya semata nak menarik golongan penjual ikan dan sayur ketika pergi ke pasar. Woah, macam desperate sangat plak.


nih dah kenapa sangat pakai baju tido pegi keje kat pasar? =.=

Sebab 3:
Kantoilah bentuk tubuh badan anda jika anda memakai pakaian seksi. Katakanlah anda rasa diri anda cun, tapi sebenarnya anda berisi terlebih dalam bahasa mudah: berlemak. Maka, akan tertonjollah lemak yang tidak patut ditunjuk pada orang ramai. Buat orang rasa meluat dan menyampah jek. Nak-nak pulak kalau anda pakai baju Nampak pusat tu. Tak malu ke dikata orang?

Sebab 4:
Kasihan bakal suami anda. Yelah, patutnya tubuh badan yang anda rasa seksi tu hanya layak ditonton oleh sang suami saja ya. Barulah special buat tercinta. Ini tak, semua orang boleh tengok, hilang dah keistimewaannya.

Sebab5:
Gadis-gadis kena ingat, lelaki nih nafsunya 1 akalnya 9. Bila dia bernafsu, tak ke bahaya? Ditengok plak anda nih seksi meksi, mahu rasa nak terkam! Kalau tak dapat meromen anda, mungkin orang lain jadi mangsa. Tak ke haru??? Tak pasal-pasal anda mendorong kepada perkara kemaksiatan. =.=

Bila duduk umah pun jangan seksi sangat macam Nasha Aziz. Bahaya woah. Nak-nak plak kalo dpt tuan -rumah gatal pasang kamera diam-diam =.=. Ada kawan CikMelur cite, rumah jiran die penah dimasuki pencuri, tapi ada sorang je kene rogol. Lain semua tak kena, sebab budak yang dirogol tu pakai pakaian seksi sangat sampai si pencuri ta dapat tahan nafsu. Seram tak? Ini nasihat CikMelur je. Kalo korang rasa “suka hati akulah nak pakai apa” CikMelur tak bley halang. CikMelur ingatkan saja. :)

Lagipun tafsiran seksi kan berbeza. Ada laki cakap pakai tudung pun seksi juga. Auww..(eh, perasan diri seksi) Ada plak laki cakap, cara bercakap yang lemah lembut pun bley jadi seksi. Ada plak cakap, gadis yang pandai masak itu seksi. Macam-macam.

Tapi bagi CikMelur, gadis yang seksi adalah gadis yang yakin pada diri sendiri. ;P Dan laki yang seksi adalah lelaki yang mengambil berat dan sayangkan kanak-kanak.. (Eh, tetibe je cakap pasal laki seksi =.=)


hai..seksi tak ai?? (pengsan=.=)

Sape penah dengar lagu nih?? tak takut langsung kan? Siap bley nyanyi sambil rapping lagi. CikMelur pun ta taw sape nyanyi lagu nih. Selalu kalo bukak tv9 pkul 830mlm mesti ada lagu nih (kantoi tak ikot perkembangan semasa buletin utama)


Ekceli, CikMelur bukak TV9 sebab...nak tengok GAMBIT. wahhh..beliau kacak ah.. mata beliau.. huh menikam qolbu gitu..


Ha.. dlm gamba nih pun beliau mistik. =.=


Nama dalam cite Siong tu Tajul Zaman. Nama pun macam klasik-klasik gitu.. Ai loike~ :P


Cite pun bley tahan la.. pasal si Tajul Zaman yang termakan darah orang gaji die pastu jadi drakula.. wah, ai rela jadi mangsa yu Tajul.. Ai rela bagi leher ai.


Oke, dah maken gatal cikMelur nih.. dah DAH..


Eh,sebenarnya CikMelur nak cite pasal menda lain. Kat uma cikMelur macam ada perkara mistik la. Masa masuk umah tu dulu, uma tu 2 bulan kosong. Pastu masa kiteorang masuk, kiteorang tak buat doa selamat ke apa. Terus je duduk situ. Pagar rumah pun ta menyempat-nyempat. Cik Melur sempat baca yasiin je sekali.


Bape ari lepas. Osmet CIkMelur, CikgiDewi bawak anak buah (umo 3 taun) die jalan-jalan. Malam tu, anak buah die tanya soklan pelik-pelik. Die tunjuk lua tngkp pastu tanya "Itu sapa?" Dahla lua tingkap tade pape. Dahla uma kiteorag tingkat 9. Wuwu.. Dia nampak sape??? TT


Selang bape ari, CikgiDewi nampak bayang-bayang orang melintas ke sana ke mari kat ruang tamu, padahal, tade sape-sape pun dalam uma selain die.


CikMelur plak, kalo dah tido kompem tido mati, jadi tade la dengar pape mende pelik. Tapi kalo waktu jaga tade plak dengar pape.


CIkMelur takdela takut sangat. Tapi takut jugakla. yela, kalo dibuat tetibe die muncul masa CikMelur tengah masak ke mandi ke tengok rancangan feberet ke, tak ke haru? Yela, amek contoh: kalo antu muncul masa tgk memasak, pastu CIkMelur terpengsan, tak ke bahaya tu? nanti ikan hangit pastu gas membazir.


Isk. camne nak buang antu kat umah nih? Ada orang kat opis ckp, antu yang dok lepak uma cikMelur tu akakPonti. =.= woah..seram nih..

Eh. Eh. Korang tau tak pasal Projek Alfa tu? (mak aih, bahasa Melayu sungguh) maksud CikMelur, Project Alpha? Ala..yang pasal bloggers kuar TV tu?? Yang macam cite simple life la lebey kurang gitu. Bagaimana seorang manusia menjalani kehidupan sehariannya. Tapi pelakon die bukan Paris Hilton dlm Project Alpha ni. Sorilah kalau korang teringin nak tengok blogger pakai skirt pendek pegang chihuahuahuahuahua (oke, telebey plak. Tapi Projek Alpha ni, ada mengenai kehidupan seorang blogger. Ya, blogger macam awak dan CikMelur la. (dan Miss Lali..lupe plak) :P




Kali nih dah masuk season 2. Ramai blogger buat kemunculan kali nih (eh, betul ke tatabahasa tu?) Antaranya...Azwan Hj Ali oke.. amboi..amboi..amboi.. (sambil buat trademark jari yang femes tu)


cak.cak.cak!!~

Best tau. Hanya blogger terbaik saje dipilih. Nanti korang bley tengok camne dorang bley dapat idea untuk buat entri.

Korang pun terbaik tapi tak dapat? alala..janganla merajuk. Bukan bermakna korang ta hebat. Hebat juga. Tapi bloggers yang terpilih untuk season 2 nih lagi super bes. hikhik. Korang jangan kecik ati, kalo korang nak jadi nak jugak "interprem" dalam project alpha season 2 ni, korang antarlah audition videos kat sini . Kalo terpilih, korang bley jadi GUEST BLOGGER tahu!! Hebat tak? Bley la korang buat trademark macam Azwan Ali juge. hikhik.



Oh ya, korang kene ingat, yang anta video tu nanti, ramaiiii tahu. bukan korang je. Jadi buat sehabis baik tau! Tak kesahla korang nak anta video apa skali pun, orang nak panjat bukit sambil selesaikan rubic cube ke, wall climbing sambil main brick game ke, cycling sambil membaca buku ke (eh, kenapa sume macam aktiviti bersukan ek? ;P) YANG PENTING, jangan biarkan ketiak korang nampak basah gilee dalam itu video. Maluuu ah..kalo korang jenis bepeluh banyak, korang pakai deodarant Adidas Action 3 cambes nih:



fresh sungguh selepas pakai. yeah!


Lepas tu, barulah no sweat nak cycling sambil membaca ke, panjat bukit sambil buat rubic cube ke atau wall climbing sambil men brick game. ye dak? :) Ha, apa lagi, pegilah buat video! CikMelur? Oh, kalo CikMelur masuk kang, orang lain tade can menang. hikhik.


Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS. Auditions are now open! Check it out at www.projectalpha.com.my/auditions

kata orang trend hangat masa kini ialah


"Mereka yang cantik akan berkapel ngan orang ta bape nak kacak"

dan

"Mereka yang kacak akan kapel ngan orang ta bape nak cantik"


ha..bley percayakah penyataan begitu?? Kalo betullah, kenapa agaknya yek?

Kawan cikMelur baru-baru nih bagitau cikMelur,

"Lebih baiklah ada boipren tak kacak, asal sayangkan kita gile-gile. Kita nak jaga pun senang. Kompem beliau ta cari lain, kalo kita layan baik"


Tapi ape kes plak ngan Nora Danish? Sikit punye cantik, comel, gebu pun kene jugak cerai. TT. Tu la pasal. Jodoh kan? Kadang-kadang bercinta bagai nak rak dengan orang lain, bertunang dengan orang lain, kawen ngan orang lain. Woah, satu kronologi yang agak bersimpang siur jika itu berlaku.



kadang-kadang takut je rasa nak kawen. Dah banyak sangat kes CikMelur dengar(baca) pasal pasangan berumah tangga bercerai berai atas sebab mencurang, atas sebab bosan. Masa nak kawen dulu, bukan main lagi, dah dapat boley pulak dikata bosan? haih.


Nak menten relationship bukan senang. Emosi manusia nih bukan komputer boleh diprogramkan. Kalau dah hatinya tetiba rasa tak suka, macam-macam cara boley dibuat nak tunjuk rasa tak suka. Sampai satu tahap, yang terasa kesannya orang yang berada sekeliling. Anak-anak. Ibu ayah. humm


++ Susah jugak nak menten rasa hati sendiri. =.=




Jom ah join CikMelur n Lali pegi Street Fair nih. Macam Gempak je Street Fair nih! Bayangkan korang sume lepak-lepak je kat situ, pastu join lucky draw, tup-tup nama korang naik menang pulak kan, Tak ke nak menangis terharu kalo dapat gadget gempak gila yang sume tu berharga RM15RIBU!!! wahhhh.. CikMelur dah nangis dulu dah ni, rasa terharu sangat nih.




ha..kan CikMelur dah nangis terharu da.




Kalo korang nak lagi best,korang bawak kawan korang yang paling korang menyampah, pastu paksa die masuk pertandingan Sumo Wrestling. Pastu tumbuk ah beliau kaw-kaw. Korang menang, hadiah pun dapat. hikhik. Kalo korang tak puas ati lagi bley men Gladiator Battle plak. Tapi kalo korang lembik ta payahlah masuk. Karang cedera karang, maunya kawan yang korang menyampah tu tamo tolong sebab korang dah balun masa maen sumo tadi. huhu.




ha.. ini namanya gaduh cara sihat :P



Eh korang tau tak camne nak pegi Berjaya Time Square tu???La, ta taw ka?? Oke, nak pegi sana, korang naik monorail sampai Imbi Station.Depan station tu, Berjaya Time Square. Monorail pun tak tau? Monorail tu menatang nih la.




Ha.. En Monorail dah siap bagitau kat mana bley jumpe dia. :D


Bley naik dekat KL Sentral. Macamana nak naik? Oh, langkah guna kaki la yang.. hikhik

Jumpe kat sana tau! Ingat.. 17 APRIL 2010. Lagi sebulan. Letak reminder tau!! :P






kalo korang nak men game online gatsby pun ada kat sini :)

kalo nak tau banyak hal pegi www.gatsby.com.my/streetfair :P

Tempat paling best sekali bagi CikMelur nak ber'surfing' adalah ketika dalam bilik bertemankan lagu-lagu romantika 80-an. Hehe. Itu memang spot terbaik. Nak tergolek ke, nak terbaring ke, nak korek idung ke, korek telinga ke sambil surfing, ikot sukke, tade orang mara. Akikiki~.


Tapi CikMelur memang bengang tahap GABAN Z potong 8 betul kalao tetibe line intenet tak bley pakai. Yela, camne cikMelur na chatting, na bukak fb, myspace lagi, friendster, twitter, na men game plak, na nengok redtube err maksud cikMelur youtube :P, na nengok siaran ulangan Penunggu Gunung Raya. Camne?? Tensi tau cikMelur cenggini. *Nampak sangat suka buang masa :P* Tapi, cikMelur ada jugak la cari bahan mengajar tau.. sekali sekala je cikMelur tgk benda-benda tak pekdah tu :D


Plak tu, laptop cikMelur nih tahap sedu sedan era penjajahan je binaanya, pastu nak tunggu fb bukak, maaang aih, berzaman: dah mandi, dah masak, dah makan pun blum sudah jugak loading. Tak meroyan namanya??? TT


Sebenarnya, Cikmelur memang tak bley pisah ngan intenet, yela, cikMelur nih kaki chatting, Kat mana-mana pun cikMelur kalo bley nak layan intenet. Kat tepi pantai, kat atas bukit broga (erk), kat traffic lite. Teruk tak tahap kemaruk cikMelur?=.= Sebab tu, cikMelur nak pakai broadband baikk punyer. Senang cikMelur nak access intenet di mana-mana especially masa lepak kat surfing spot terbaik CikMelur!! Nak mengorat time chatting pun tak bertangguh lagi mcm dulu-dulu. Akikiki~


CikMelur dah try banyak broadband dah. Tapi rasanya cikMelur nak try yang nih plak la.. Dengar-dengar bagus bangat broadband nih!

wane itam nih memang cantek ah!! smart gitu

Portable Modem: Wiggy by P1Wimax


Banyak tawu kelebihan broadband nih. Dahla nama die comel: wiggy. kalo cikMelur ada kucing nak bagi nama wiggy gak la. hee. Ada 2 jenis pakej. Satu tu rege die RM 69-JE sebulan untuk postpaid yang topup plak RM20 dan boleh tahan 15 hari. Menangis cikMelur dengar rege murah cenggini. kalo nak tau banyak hal, korang suf sini


Dahla, nak pegi beli topap wiggy.

.

.

jejaka_romeo81, nanti i buzz u tau!!~ :P



Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.

Aritu aku jalan2 masuk blog orang, saje nak wat kecoh2 kat umah orang semua lah kan. Pastu, aku terjumpa satu blog ni. Dia cerita dia punya ex-hasben punya skandal. Aku pun teruja baca sebab gaya penulisan penulis blog tu sempoi habis walaupun beliau mungkin menopos anytime. Eh, ter-jahat pulak mulut nih! Hek.

Tapi, cerita kat blog dia memang best lah. Sebab dia memang story semua benda yang berlaku sebelum dan selepas bercerai. Kira, cerita dia sentiasa update lah. Dari malam dia sedar hasben mcm whisper2 kat tepon, sampai kuar masuk mahkamah, jumpe lubricant-you-know-what-lah dalam beg travel hasben dia. Iyo lah, mana aku taktau pasal semua ni, aku baca dari first post dia kat blog tau! Memang khatam waklu!

Pastu aku sambung berjalan ke blog lain. Terjumpa lagi kisah bini kene tinggal hasben dek menderam pompuan tua! Uihh. Biar benar???? Tapi cerita dia pun sangat sadis oke. Hari ini dia balik kampung, nak jumpa baby dia yang baru berumur 1 tahun lebih. Dah kene tinggal daddy. Haihh.. daddy oh daddy.. napa you sanggup wat baby you gitew? You jawab skarang! I tak puas ati oke! Eh, ter-emo jap.




Oke2, aku tau korang dah bosan sebab ntah pape je entri ni. Macam takde hala tuju kan? Hmm. Aku pun taktau ape point aku tulis entri ni. Mungkin aku tulis ni sebab aku nak ingatkan diri aku kalau (KALAU yer) aku kawen nanti, pastikan aku jaga laki tu elok2. Aku tau aku ni degil dengan Mr Kanna. Tapi kalau (KALAU lagi) dia jadi hasben aku (ade hati!), aku nak kasi kurang sikit degil tu. Aku tanak la nnt jadi macam citer Dalil Cinta tu. Pastu aku nak manja2 dengan dia slalu sbb aku tanak la dia pegi manje2 ngan betina lain! Hek eleh, emo lagi aku ni. Pastu aku nak pandai masak sbb aku tanak pompuan lain masak untuk dia pulak kan. Pastu aku nak ikut petua nasi kangkang. Erk!~



Mulut tak reti diam: Tak reti siang ikan ni! Tolong!

Gondol, tak tahu pulak CikMelur, selsema tu penyakit keturunan...


Kamu ni memang sengal. Haruslah CikMelur ketawa curi-curi sambil tutup mulut setiap kali baca kesengalan kamu. Comel la kamu nih. akikiki~




Aman setelah dapat Gondol, kalau tak baru nak plan rebel ari-ari kat fb luca. Haha



Menahan tawa di opis. oh saje aplod, sebab cikMelur rasa macam comel. haha


Apa lagi,kalau rasa nak ketawa manje-manis cam CikMelur, gi la beli Gondol kat beliau :P

Ya, saya mesti piley!!~ Orang yang berbau badan wangi adalah orang yang sangat seksi. Hee. Jadi jikalau anda, anda dan anda sang lelaki yang bekeje keras dan selalu menitik peluh 24 jam, silalah pakai deodorant supaya bile dating dengan saya, saya tak pengsan setiap 4 menet. =.=


Dulu, ada sorang mamat nih. Badan die sasa tau! Pastu gentleman habis. Die boley dengan jujurnya pegi jumpe ibu ayah CikMelur cakap nak pinang CikMelur bile abes belajar. Akikiki (gelak gatal) Tapi malangnya, CikMelur tak bley tahan bila sembang ngan dia dekat-dekat.


Ah, serius ah...bau badan die amat TAK SEKSI malahan bley berpinar lepas sembang dekat ngan dia. Nak je bagi die deodorant ke, Sabun tawas ke, limau kasturi buat mandi ke tapi tak sampai ati plak. Nak kasi minyak wangi, CikMelur kedekut plak. ngahaha.


Lelaki ni dia belajar sambil keje. Keje jadi pomen petang-petang. Bile balik keje, die dtg jumpe CikMelur. Woah, CIkMelur time tu kalo nampak je bayang die, rasa nak lari-lari menyorok dalam stor. Tak sanggup hoo nak bau bauan yang bley berpinar dibuatnya.=.=


Hum..skang nih tak tau lah mana laki tu pegi. Dengar cite, die da ada makwe baru yang redha dengan keadaan dirinya. hikhik. Aritu terserempak ngan die pun die da ta pasan CikMelur. Dan yang penting, dia da tade bau da. dah mandi bunga kot. :P



Baru-baru nih, akak opis CikMelur plak. Bau macam haraaam, tapi muka comey. Nasib baik beliau dah kawen ada anak 2 orang. Semenjak anak kedua nih, dia macam tak tentu arah kot sebab tu la asek lupa pakai deodorant. Wah, bau dia memang ta bley blah. Kalau dia panggil tetibe dtg opis dia, mau CikMelur tahan napas setiap 3 minit, bagi alasan kuar jap, pastu masuk balik tahan napas balik. Serius tak tipu.


Apsal la dorang bley lupe/takmau/ta suke pakai deodorant? CikMelur tak bley tak pakai. rasa rimas, geli dan berbau la opkos! Bukannya susah pun pakai deodorant. Sembur jer.. crett crett, dah mungi mungi..*bunyi wangi dalam bahasa baby*


Bagi sesiapa yang tak tau, deodorant apa terbaik, CikMelur sarankan korang guna Adidas Action 3 Anti-Perspirant! Ye. Cuba anda, anda, dan anda sebut dalam satu nafas! Eh, CikMelur boleh je, kenapa awak tak boleh?!! Ngeeeee~

Cik Abang punye!


Adik manes punya!


Kalau anda rasa anda busyuk dan takmau mandi pagi, beli lah Adidas Action 3 okeh! Wangi pun, wangi. Hidung CikMelur pun selamat! Anda pun seksi! Eheeee...



CikMelur speaking kejap: Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.

Hanim, Hanim. Apa nak jadi-lah kau nih.

Mustahil sangat kau boleh tak sedar kesan dera pada Si Kecil Syafiah. Lepas tu sekarang nih, kau nak menangis dalam buletin utama mintak bantuan itu-ini cakap boipren kau itu baik depan mata kononnya.


Bodoh sangat-lah kau tak menghargai pemberian tuhan depan mata.


Oh Ya, dan lelaki jahanam tu ta patut hanya kene penjara. Abang Mat-konon. Memalukan orang Islam je. Binatang lagi sayang anakla..



Syafiah, syurga buatmu. AMiin. Al-Fatihah.