Cik Melur

.Kronologi Gadis Manis. Oke, Muntah-lah Sikit. Jangan Banyak Sangat.

Jadi aku kene jugak letak video youtube dia kat sini. Budak 8 tahun nyanyi lagu "Hey, Soul Sister" siap pakai Ukelele lagi!

Tangkap leleh la adik ni!





Aaaa... kenapa dia sangat comey dan suara nya sangat merduuuuu. Sesuai dgn umur plak tu! Tak macam Justin Beaver yang tak pandai cakap benda lain selain Baby, Baby, Baby, Ohh!


Waaaaaaaaa... TOLONG!!! Aku dah repeat bape kali dah lagu bdk ni!!! T____T


p.s. Kan aku dah cakap aku suka pemusik. =.=
p.s.p Kenapa aku nak kene mintak maaf plak ek???

Masa mula-mula jumpe beliau, CikMelur terus senyum ta henti-henti. Dalam hati dok cakap, wah comelnya die...gebunya dia.. dahla putih plak tu. Heh, untuk pengetahuan korang, CIkMelur memang suka yang type chubby-chubby nih. hikhik


Pastu, bila osmet kenalkan ngan beliau, CikMelur pegang die ta lepas-lepas. Pastu CikMelur usik-usik perut die pulak. Dia pantas balas, main gigit-gigit. Heh, main kasar rupanya beliau nih!



Heee... Comel kan? kan? kan?



Isk. dahla gemuk, suka lari-lari plak. Susah orang na tangkap gamba!




Masa nak decide nama beliau, CikMelur bagi nama Adam. Osmet 1 bagi nama Atan. Osmet 2 bagi nama Maria (die bengong, ta tau jantan betina). Boipren Osmet 1 bagi nama Jack. Pastu bila main ngan beliau sama-sama ngan osmet lain, mesti beliau kompius.

Sebab sorang dok panggil
"Atan! Atan!"



sorang lagi dok panggil
"Adam! Meh sini meh"



sorang lagi sibuk cakap
"Maria!~ hawau yu??"



sorang lagi duk bisik
"Jack, u jump, i jump!(bila paksa beliau lompat dari sangkar tingkat 2)"



Sudahnya, nama Atan jugak melekat! Hee.. Atan!~ tunggu Melur balik tau, nanti Osmet 1 bagi makan cheese, pastu kita maen sorok-sorok lagi, oke??:p

Salam readers!!~ <3 <3 <3 *oke, gedik plak bila buat luv-luv*


Korang tau tak penguin nih makhluk Allah kategori burung yang sangat sweet??? Macam yang sume orang tau, penguin nih bley idup kat tempat sejuk je aka kat Antartika.

Semasa musim sejuk datang, kaum penguin akan ramai-ramai kumpul kat satu dataran ais, pastu mereka bertemu dengan spesis penguin lain untuk bertelur, menetas dan menjaga baby penguin!





Apa yang cambesnya, si ibu akan bertelur, pastu si ayah akan mengeram telur sampai baby menetas. Masa si ayah mengeram, si ibu ni akan keluar merayau having fun! eh silap. keluar mencari rezeki menangkap ikan. :P




Si ayah ni kene berada dengan telur sepanjang masa. telur tu mesti diletakkan atas kaki si ayah. ta bley terkena ais kalau tak baby yang menetas bley mati sebab telur rosak.Paling koman pun nanti jadi macam happy feet tu. huhu. (eh, korang tau ta happy feet tu sape?).


Filem anak penguin yang pandai menari (berbeza dengan kaum dia yang pandai menyanyi)


Tak kesahla time tu si ayah nih lapar gile camana pun,beliau ta bley jugak lepaskan telur tu. Kadang-kadang sampai berat badan turun separuh sebab eram telur punya pasal!


Pastu si ayah-ayah-to-be ni akan duduk rapat-rapat sesama mereka untuk panaskan badan masing-masing sampaila akhir musim sejuk dan BABY PENGUIN PUN MENETAS!!~



Pastu si ayah nih, bagi susu kat baby penguin.. susu tu dtg dari si ayah tau!



Pada masa yang sama, si ibu penguin pun pulang dengan hasil buruan, dan bagi anaknya makan.

Masa tula baru si ayah nih pegi bergumbira cari makan.Bayangkan 4 bulan beliau tahan lapar demi anak tercinta. Tak ke sweet namanya tu???



Dahla penyabar dan penyayang, romantis plak tu (sebab penguin tak bertukar pasangan unless kalau pasangannya mati) kalo korang pasan, penguin suke merengek-rengek sesama sendiri. konon-konon cam manja la.. hikhik


Alolo..comey comey


Oke, cikMelur bukan mintak penguin jadi suami. huhu. Tapi, kalau seorang lelaki tu penyayang, bertanggungjawab, penyabar + romantis, kan bahagia hidup? kan? kan? :)


++Ehsan Google, Natgeo and Mastika (majalah nombor satu Malaysia :P)

Salam buat READERS yang cool semua!

Ewah, first taim bagi salam. Pastu siap ada ayat bodek lagi. :B lenkali Cikmelur nak stat entri ngan bagi salam la. Baru afdal. Yang Islam bley jawab cara Islam. Yang tak Islam bley ckp Hi. CikMelur niat je la cenggitu. Lagipun, bagi salam kan tanda persaudaraan. :)



Baru-baru ni, CikMelur adalah bukak satu profile kat FB. Profile kawan lama. Ya, dia memang sweet sangat. Selalu nak pakai baju kurung. Rambut plak nak lepas macam gadis-gadis kampung. Macam naif je ghomannya.



Tetibe, ada satu album ni, beliau letak tajuk album "ME & HUBBY MUAH MUAH" (Bunyi pun dah geleman) Tapi sebab perangai dah macam makcik-makcik, cikMelur sibuklah jugak nak tengok sape hubby muah muah nih.



Oke, gamba 'hubby' beliau agak seswai la ngan beliau. Tak kesahla. CikMelur bukan nak heran sangat pun nak tengok boipren orang, tapi yang menjadi kemusykilan di sini ialah...

beliau bergambar di atas katil bersama boipren beliau. dan ketika itu boipren beliau sedang enak-enak membuka baju. dan beliau pula.. dalam keadaan berkemban. Pastu ada juga gamba lain macam tunjuk2 lurah plak. T__T



ASTAGHFIRULLAH.. mengucap 18 kali dibuatnya... pastu caption ta bley blah
"syang, ai tunggu yu" warghh.. muntah oke. Nak romantik2 jangan bagitau satu dunia la weh dah la nak wat maksiaatt..



Apa nak jadi lah beliau tu. Ekceli, CikMelur bukan nak mengumpat beliau. CIkMelur dah cakap sama beliau, tak elok ar publish gambar memalukan cenggitu.


Kamu semua pun sama jugak. Kot ye pon becinta, tok sah dok letak gamba nak comolot ka, atas katil ka apa ka bulih timbul fitnah tahu. Elok-elok orang anggap kamu baik budi pekerti, jadi anggapanmu salah belaka bila letak gamba ta senonoh cenggitu.


Lagi satu, kalau desperate sangat nak berteman pon, jangan dok letak gambar lurah-lurah ke tayang bodi ke hape ke. Tak manis dipandang orang. Karang bila orang ajak buat bukan-bukan, awak gak marah. Dah letak gamba bukan-bukan, mestila orang saspek suka buat bukan-bukan jugak.


Dah-dah. Ingat pesan Cikmelur ni. Jangan lupa tahu.


gamba hiasan: Cik Heliza ni memang kiut habes. Mata beliau gojes. :)

Sume orang pun macam da apdet pasal pegi the largest bloggers gathering kat gatsby deodorant street fair ritu... So, CikMelur apdet sket je la ye..:P



Encik Emcee nih orang n9 ke ek?



Cuba cari mana CikMelur n Lali?? :D


1. Sampai lambat. Huhu.. salahkan mimpi best malam tadi. Beliau buat saya lena tahu.. hukhuk. Pkul 1030 baru sampai dan masa tu tak ramai orang pun. jadi mudah je nak register. :D

2. CikMelur pakai kasut tumit tinggi daaa.. hukhuk. Poyo betul. Orang lain sume elok je pakai kasut sukan, CIkmelur ngan member sorang nih dok tehegeh2 ngan high heel. hikhik. Tapi, tape, tade sape perasan rasanya.. :P


gambar kasut pun nak amek. gayat!


3. Main GLADIATOR amatlah best-nye!! Memang betul, CikMelur bawak osmet yang CIkMelur tak puas ati, pastu bantai beliau di situ. Muahahaha.. Tapi, CIkMelur kalah juge, sebab dah ta larat nak angkat mendealah pemukul tu =.=
(Encik penjaga game bagi kiteorang point lebey sebab kiteorang periang. EH, pelik betul bunyinya tu. :D)

4. Mendealah panjat-panjat macam rock climbing tu amatlah payah nak naik! Oke, Lali memang hebat. Sekejap je die dah sampai puncak. Siap belagak buat pis kat puncak tu. Heh. yu memang spesis cicak la Lali. Hikhik (Tapi, dengan pujuk rayu CikMelur, abang penjaga game bagi CIkMelur 8 point ho!! sama banyak ngan Lali padahal CIkMelur tak sampai atas pun. Muahaha )


GO LALI GO!!~

5. Gadis-gadis tak patut main rodeo. TAPI, kalau tak try bila lagi kan?? Abang penjaga game tu gile sweet hulurkan paha dia untuk CikMelur pijak bila nampak CikMelur terkial-kial..Haha.


6. Walaupun tak dapat ASER-FERARI mahupun BLACKBERI(Nak jugeee T__T)


Si pemenang Blackberi. (Wah macam stalker plak amek gamba dari jauh :D)


CikMelur tetap menang hadiah nih..




Tapi, bagitau CIkMelur sekarang, Gadis-gadis bertudung cam CikMelur nih bley pakai yang mana???? yang manaa??? *sudahnya, bagi ke adik juge..*

.
.
.
.
.



Trimas Gatsby and Nuffnang!!~ :)

CikMelur banyak juga tengok gadis-gadis yang suka manja-manja terlebih nih. Kadang-kadang macam suka jugak tgk orang manja nih. Tapi kadang-kadang macam tak relevan jugak tengok kemanjaan mereka nih. Dengan laki-laki orang pun nak manja-manja jugak, apa kes nih? Adakah mereka cuba memberi payung emas kepada isteri laki orang tersebut?


Hoh. CikMelur bukan apa. Bagi CikMelur, manja-manja nih tak perlu sangat untuk gadis-gadis yang memang dah manis lazimnya. Manja-manja nih macam simptom orang patah tulang tahu. Terlentok-lentok. Pastu cakap pun nak gedik-gedik lagaknya macam baby-baby.


Cuba act natural. Kalau anda memang manja semulajadi, anda takkan kelihatan annoying. Tapi kalau dah memang keras, pastu cuba-cuba jadi manja..mang aih..sangat-lah annoying jadinya. Lagipun bagi CIkMelur, bersikap manja dengan semua orang adalah tidak patut. Ia seperti memberi refleksi, anda seorang yang perlukan bantuan orang lain utk dilindungi dan..macam gilakan perhatian pun ye jugak.



Eh, ini pendapat peribadi ya. Sorilah kalau korang terasa. CikMelur jenis tak manja orangnya sebab tu rasa annoy bila tengok orang manja-terlebih nih. :P


p.s Eh, sapa pegi Gatsby sok, tegur-tegurlah CIkMelur..Kalau korang dapat cam la!~

p.s.s Bila CikMelur cuba search gambar gadis manja, lain plak yang keluar. oh. malu. malu. =.='

Bila dia tujukan lagu untuk kita, hati kita sedikit terusik.
Bila musik mula bermain, darah kita sedikit gemuruh.
Bila dia mula menyanyi, tercuit perasaan sampai kita tergelak.


Mudahnya perempuan jatuh hati dengan pemusik!







Tak percaya? Layan video ni. Video best giler sampai tak boleh embed kat sini tapi ni bukan video 3gp oke! Heh.






Kisah Bayi SMS; Gempa Bumi di Wenchuan China, 12 May 2008.



Kasihnya ibu bawa ke syurga. Takkan ada ibu yang nak tengok anak terseksa. Tapi manusia zaman sekarang macam dah kembali ke zaman jahiliyah. Kalo dulu, mereka tanam baby idup-idup. Zaman sekarang, mereka buang bayi idup-idup. Biarkan anak tu mati perlahan-lahan, digigit semut, menangis kelaparan, lemas dalam tangki busuk.

Adakah benar manusia sekarang dah hilang ketamadunan?

Tiba-tiba rasa na kongsi ngan korang. Nak baca lanjut pegi sini

Jujurnya..

Semenjak dua menjak nih, ketika CikMelur baru nak mula berdiet extreme, saat tu la CikMelur jatuh cinta sama sukan. (Eleh, tipu.tipu) Betul!! Especially berenang tau! Huu..Jangan tak tau, CikMelur kenal Daniel Beego tau! tapibeliau tak kenal CIkMelur lah..huhu


Oke, tiba-tiba rasa Daniel sangat hot :D


Boleh dikatakan setiap 2 hari sekali la CIkMelur masuk kolam ngan ahli jemaah kolam kat rumah CIkMelur tu. Kiteorang berenang sampai-lah salah sorang dah gigil teruk. hukhuk. (Ala, sebenarnya main air lebih.hikhik)



Tapi, CIkMelur suka jugak men badminton. Masa kecik-kecik dulu siap berangan nak jadi pemain badminton negara, pastu dapat masuk NURI, pastu boleh bekenalan ngan Rashid Sidek. heh. Malu betul bila ingat pelamin anganku musnah. Eh tak.tak. Malu bila ingat impian tak hape-hape tu. haha.



Yeah! smash kepala beliau Adul!! (ecewah, panggil nama manje. hakhak)


Time tu, ibu CIkMelur layankan impian CikMelur. Siap antar pegi training kat Kompleks Sukan. Tapi, ntah macamana, CIkMelur rasa boring sebab tade geng sebaya ngan CIkMelur, so CIkMelur pun berhentilah training tu. (hangat-hangat ciken shit omputeh panggil)


Baru-baru nih, Lali ajak mendaki plak! Ha..CikMelur pun dah jadi seronok la..Sukan Extreme ni kan untuk orang taf-taf je. Tapi malang batullah, baru separuh jalan mendaki, CikMelur dah SEMPUT GILEEEE. stamina kurang. haih!~ Tapi kiteorang manage jugaklah naik atas bukit tu! Yeay!~



Kami daki bukit ini. Bukit BROGA!!!~



Kalaulah, (kalaulah-kan) CikMelur jumpe Rashid Sidek, CikMelur ingat nak bagi hadiah la kat beliau.Bukan apa, beliau kan penah harumkan Malaysia(walopun dah lama gile dan sepatutnya bagi hadiah kat Chong Wei bukan kat Rashid)apa salahnya menghargai sportsman. kan? kan? :P


Bagi hadiah yang nih. Bagus tak? :D




Oh ya, baru-baru nih, CIkMelur macam sibuk lah amek port pasal Piala FA. hehe. Negeri Sembilan kan dah masuk next stage.. Deus, buat-buat lupa ka?? :P


kembar encem. hikhik. Hobinh Jang Hobinh!


Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS

Err.. Umm.. Kepada peminat Abang Luca, saya harap anda perasan perubahan beliau menjadi awek-awek sebab beliau dah berusaha bersungguh-sungguh sampai tukar header ada kasut tumit tinggi. CikMelur sukkeee ngan header beliau tapi.... CikMelur harap beliau masih ada keinginan nak kawen ngan awek sweet beliau.



Takut jugak kalo beliau amek keputusan nak jadi 'awek-awek' jugak kat alam realiti. Bukan apa, tak seswai. Muka keras. Huhu. Harap-harap die bukan tukar header sebab dapat beautiful award. Kih kih kih.

Yang haebatnya, Abang Luca bagi CikMelur award uolls!! (oke, gune uolls sangat geli:P)Dahla award kiut plak tu. Walopun beliau bagi CIkMelur award sebab nak balas budi baik di balas baik bukan sebab CikMelur kiut (sedih sekejap) tapi layann je la kan? Auwwww


Abang Luca, bagi ai award niii::: (muka teruja!!~)




Comel bukan? kan? kan? Dahla gadis-gadis je dapat :P

OKe, cam biasa, award nih pun ada sarat.Sarat-saratnya ialah:
syarat2 untuk award ni:

1. pass award ni pada sape2 u rasa blog dorang kiut. tak kesah berapa orang pun. janji bagi. kalo tak bagi i kecik ati tau. auw! sila paham, blog yang kiut. kalo blogger dia juga kiut, kira bonus lah!

2. blog yang u nak bagi award ni tuan punya dia mestilah AWEK. di ulang, AWEK. sila amik perhatian, arbok tidak di kira AWEK.

3. bagitau kat tuan punya blog tu yang u da bagi award ni kat dorang. penggunaan ayat "I DAH FOLLOW U, U FOLLOW ME BACK TAU?" adalah amat digalakkan. dan jangan lupa, letak link dorang tau..

4. u mesti bagi 1 (satu) sebab kukuh nape u memilih dorang terima award ni..


OKE. Sekarang adalah masanya ai nak pilih orang.Umm.. Ai nak pilih..

a)Anne
Sumpah tak tipu, gadis nih memang manisss n kiut gilee. Dahla begambar ngan bunga sakura. Suke! Suke! Pandai menari plak tu. Pandai lagi belajar kat UM. hee..

b)Alya
Sebab beliau sukke sangat wat muka kiut-kiut. Pastu beliau ada love-love kat page die.. ah kiut betul!

c)cikkiah
sebab page die wane pink. hee

d)nurul
cikMelur suka tgk die punye foto shoot.. sangat kiut. dressing die pun kiut. especially masa nyanyi lagu lama-lama.:P

oke.oke. sampai sini je. CIkMelur bizi tapi Abang Luca dah start tacing-tacing ai ta review award die. :P Jadi, ai dah buat review nih, jangan tacing lagi ye??? Huhu~~

Jumaat malam Sabtu, aku teman Mr Kanna pergi berkarok bersama kengkawan beliau. Mr Kanna tak suke karok (or so he claims selama ni) jadi aku teman supaya dia x bosan. Dia ajak jugak kawannya Simpson dan aweknya Samson. Oke, sbnrnya aku xtau ape nama awek Simpson tu. Haha!


Di kalangan kengkawan Mr Kanna ni, ada lah seorang lelaki yg dulunya cita2 dia mahu jadi otobot tapi tak dapat, so dia NEKAD bukan NAKED utk menjadi WANITA.

Ya, yg aku maksudkan itu seorang bapok. Ape name yg sopan sket? Nak panggil wanita tulen, mmg xleh. Wanita palsu juga x sopan. Abis nak panggil ape yer? Wateva lah kan. Kalau you bapok, I mintak ampun dulu lah heh. You bagitau la kat ruang komen, uolls ni paling sesuai nak panggil apa ya? Jangan bagi gelaran yg geli2 sudah. I gelimat nnt.

Nama diberi Jayzwan, nama panggilan Jazmyn. Tapi dia mmg cantik. Rambut pun baru lepas blow. Pakai skirt panjang dengan kasut tumit tinggi. Cuma bila bercakap, sedikit kantoi.

MAK JELES TGK BAPOKS NI UOLLSS!!


Al-kisahnya aku tak berapa kenal dengan kengkawan Mr Kanna. Aku berckp pun sikit2 je. Itu pun, berckp dengan wanita tulen. Yg bapok tu, dia mcm xmau layan aku. Mgkn dia jeles sbb aku dgn Mr Kanna. Mgkn juga dia jeles sbb aku pnya bewbs original. Erkkk.

Ms nak blk dr abis karok, aku salam dgn wanita2 tulen, ckp bai dkt kwn2 laki pastu bila aku pandang Jazmyn aku angkat tgn ckp bai jugak. For a split second, aku x perasan sbnrnya dia ada nk hulur tgn utk salam. Argh! Bila aku menoleh ke belakang, aku dgr kwn2 laki dia gelak kan dia. Aku rasa bersalah, aku toleh blk dan salam. Aku sengih2. Dia tersipu2. Vavi!

Lepas salam dia, aku lari cepat2 pegi sembunyi blkg Mr Kanna. Hoh, nasib baik bdn aku kecik. Muat2 nyorok blkg boyfriend! Oh, malunya masa tu! Tapi pikir2 blk, siapa yg patut malu sbnrnya? Patut x aku salam dgn dia? Kalau masa zaman2 U aku, aku mmg ramai kwn bapok. Masa tu aku x heran pulak nak bertepuk tampar dgn diorg. Tapi sbb mereka itu mmg KAWAN. Ni kenalan Mr Kanna. First time jumpe. Aku jadi konfiuz, xtau patut salam ke x dgn dia. Hiyaaakkk... Tensi lapan puluh sembilan saat di situ!

Suatu hari, CikMelur pegi CC (Saiber Kafe) sebab ada beberapa perkara yang CM perlu buat atas urusan kerja. Masa tu plak hari minggu dan CikMelur tade connection kat umah, so tepaksalah jugak pegi CC.


Masuk je dalam CC nih, ada ramai budak muda. Kompem dorang nih anak bangsa yang masih baru nak belajar apa itu persamaan kuadratik, hukum boyle, sejarah dunia, sastera anak laut, Sonate 18 (Oke, CIkMelur semua orang dah paham, dorang budak sekolah) Budak-budak nih tak reti nak simpan duit betul! Asekk dok main game je, tu pasal result suam-suam kuku. (Oke, tetibe nak membebel plak =.=)


Ha, macam tu plak perangai? Tak semenggah betul



Adik yang jaga CC tu tunjuk tempat duduk CikMelur yang bersebelahan dengan seorang tua. Oke, beliau memang agak tua. dan agak awkward la melihat pakcik-pakcik berumur dalam late 50s --> early 60's lepak dalam CC pada jam yang sepatutnya orang sezaman beliau sedang enak-enak minum kopi dan makan buah depan pembaca berita TV3 di waktu perdana.



Pakcik, apa yang pakcik do senyum nih???


Tapi.. CikMelur buat dekk saja la kan. Pakcik tu pandang CikMelur dan senyum. CikMelur pun senyum la balik sebagai lambang budi bahasa. :)

Sedang tengah syok-syok balas komen kat FB (EH, tadi ckap buat keje :P) Takdelah. Tengah syok-syok buat keje, tiba-tiba pakcik tu cakap dengan nada agak kuat tapi tak kuat sangat. Kirenya orang sebelah-sebelah la yang boleh dengar.


"Aiyoo!! macamana boley jadi ini macam? Tiba-tiba semua tak boley tekan? tauke, lu tipu sama wa ka?"





Sebagai gadis prihatin, CikMelur pun tanyalah pakcik tu.

"Kenapa pakcik? Hang ek computer?"

"Entahlah, abang pun tak tau. Tetibe hang" (Oke, dia da tukar kata ganti diri.=.=)

"Meh saya tengokkan" balas CikMelur dengan hati mulia

"Eh, tak payah la, abang panggil tauke tu je betulkan"


Lepas tu pakcik tu terus bangun dan pegi kat kaunter. Masa die pegi kaunter, CIkMelur tengoklah komputer pakcik tu sebab CIkMelur yakin sangat CIkMelur bley selesaikan masalah cikai tu. Tapi, bila CIkMelur berdiri je kat depan komputer tu
.
.
.
.
.
.
CikMelur terkedu. CikMelur terus save kan keje CikMelur, bangun dari situ dan blah dari CC tu.




Pakcik tu tengok PORN!! dan komputer die ada lebih kurang 5-6 window yang sume tunjuk gambar and video porn. =.=



Pakcik, kau ni memang jijik-lah. Kalau generasi tua kutuk pun perangai dah macam nih, apatah lagi la generasi muda. adoiiii.. Kenapalah salah gunakan teknologi yang diberi untuk kemudahan ni????? Pelik sungguh orang yang dok buat keje tak guna nih.



Yabeda-be-dooo!!! CIkMelur dapat award-lah! hikhik. Ini first taim dapat award semenjak 3 bulan+- menjadi blogger nih. hee. Ekceli, award ni FARA DEE DILAH yang awesome berikan kat blog cikai CikMelur nih. hikhik. ARIGATO GOZAIMASU, SYUKRAN JAZILAN TIMA KASEYYY!!~(gaya alley cat) TOCE NI SYUKRIA kat CIk Fara.. sweet ah anda, ingat kami! :P Eh, untuk perhatian sume, blog nih diuruskan CikMelur n Lali. So, ai assume, the award kami kongsi sama-sama lah ye~~ :)


Cik yang bagi award nih ckp; ada beberapa pekara sebelum CikMelur bley perasan jadi "Beautiful Blogger". huhu. Sarat-saratnyew ialah:

1. Ckp tima kasey!!~ kat pemberi award sambil link-kan beliau
2. Bagi kat lima belas (baca:15) blogger yang anda baru je discover dan mereka tu fantastik, bombastik, mr loba-loba :P
3. Kontek mereka yang disebutkan dan bagitau mereka dah menang award
4. Bagitau 7 perkara pasal diri anda.


7 perkara yang anda KENEEE baca pasal CikMelur (kita abaikan Lali. hikhik)::

SATU

CikMelur pernah pukul kawan sebaya sampai beliau nangis sebab kawan sebaya tu cuba mengambil aiskrim yang CikMelur dah target nak beli lepas sekolah agama.


DUA

Masakan pertama CikMelur ialah bedegil. bukan begedil. Sebenarnya,CikMelur dah salah bagitau abang-abang CikMelur nama resepi tu bedegil. Jadi sampai skang, dorang ejek CIkMelur bedegil. =.=


TIGA

Baju pertama yang CikMelur jait sendiri, hanya layak dibuat alas kaki sebab kucing CikMelur pun tanak pakai. wuwu~


EMPAT

Keazaman CikMelur untuk berbahasa Inggeris memang dapat dilihat sejak kecil. Setiap ari CIkMelur akan nyanyi lagu sekolah convent dalam kereta sampai abang-abang CIkMelur pun naik hapal. Dahla haram jadah ape sebut ntah

"Well well, wok well,to tac never ever delay. Convent is my pride and my teacher saya baikk"

(Jangan tanya CikMelur apebenda tu sebab sampai skang CikMelur ta paham lirik lagu tu. =.=)


LIMA


CikMelur SUKEEE GILEEE menyanyi. Sampai satu hari CikMelur nyanyi tak berenti dalam kete dari Seremban ke PD. Ibu CikMelur dah naik tensyen sebab CikMelur nyanyi lagu ciptaan sendiri. haha


ENAM

CikMelur penah dapat hadiah calculator lepas nyanyi lagu Ukays kat Family Day ayah. Tapi yang bengangnya, Budak kecik umur 5 taun dapat hadiah hamper besar gile lepas nyanyi lagu tadika die. HUH!!


TUJUH

CikMelur selalu cop tempat duduk depan TV masa kecik-kecik sambil cakap "Alif Lam Lam Ha. Sapa amek tempat nih berdosa besar" huhu..


Wokey, skang terimalah award nih wahai~~
1. Abang Luca. hakhak.
2. Ayu
3. Deus. Erk333
4. Ah Cong Kak, si penyanyi dangdut
5. Lumut di NiuZealand
6. Cik Aini yang sweet
7. Tun Zarie ayah orang
8. Cikgu Nurul Ain
9. The Girl Next Door
10. Huda Luna bernama sedap :)

11. Johan Adam

Oh ramainya.. kalo bley, nak tag sume orang.=.= Bley tak bagi kat sume follower n readers CikMelur?? sebab korang memang sweet n u make my life beautiful tooo!!! :D

Selamat Jalan Din Beramboi. Semoga perjalanan ke khidupan selepas mati dipermudahkan bagimu. Kamu memang lelaki yang kelakar dan sinikal. Walaupun kelakar muka kamu garang. Tapi saya suka tengok Spontan sebab melihat aksi kamu.




AL-FATIHAH.