Cik Melur

.Kronologi Gadis Manis. Oke, Muntah-lah Sikit. Jangan Banyak Sangat.

Semalam, aku pegi test JPJ. Aku pegi ulang balik Bhgn 2 dan 3. Yer, aku ulang. Aritu aku fail SEMUA. Wuwu~

Semalam aku buat dengan penuh debaran. Mase naik bukit, memang ngeri. Dulu aku fail sebab terlepas garisan kuning kat atas bukit tu. Bengang giler time tu. Tak sempat nak tunjuk terer turun bukit! Huhu. Tapi semalam, memang aku puas ati betul. Tayar aku duduk betul2 tengah garisan kuning. Pastu masa nak turun bukit, takde la tekan minyak ala2 nak launching kete. Poyo betul sape buat camtu! Miahaha~

Mase aku nak test parking, ada la sorg budak laki langgar tiang. Ape lagi, makin cuak la aku. Aku buat dengan hati2. Nasib baik la test gune Kancil kan. Senang sket nak agak jarak antara kete ngan tiang.

Lepas tu buat test tiga penjuru. Ni sape fail kat sini, memang mintak penampar la kan. Hahaha.. *cehh, dah pass, boleh la cakap kan*

Mase nak buat test jalan raya, aku dapat test kete Viva. Teruja la jugak sebab tak penah naik pun kete Viva. Nasib aku baik sebab pegawai JPJ kali ni mesra alam. Mase test tu, kitorang berborak je. Aku tengok dia pun siap main mesej lagi. Kejap2, teet teet bunyi hp dia. Clipboard pun letak tepi seat. Dah abis test tu, ni dia result aku:


Kalau tak nampak, sila besarkan sebab aku memang nak berlagak ngan korang!


1 markah ditolak kat “penggunaan gear yg sesuai”. Aku tak puas ati tak dapat markah penuh. Selama ni aku belajar driving, semua cakap aku terer main gear. Ni bukan angkat tong tau, memang cikgu cakap, mak cakap, kawan laki pun cakap camtu! Dah tak puas ati tu, aku tanya la kat jalan mane aku salah tukar gear tu. Dia punya jawapan memang best la. Dia cakap “Saya mana boleh bagi awak markah penuh”.

Hehehe.. tersengih2 aku kuar kete lepas tu! Time kasih la encik JPJ! Ailapyu so much! Erkk, Mr Kanna datang! LARIIIIKKKK!!!!


ps. Lepas ni boleh tengok aku drift kat mardi, okeh? Miahaha!!
ps2. Eh, tajuk ngan isi takde kene-mengene ek?