Cik Melur

.Kronologi Gadis Manis. Oke, Muntah-lah Sikit. Jangan Banyak Sangat.



Masa CM sekolah menengah dulu, CM ada satu tabiat buruk, iaitu suka memandang rendah pada orang yang CM rasa tak berpendidikan tinggi. Maksud memandang rendah tu bukanlah CM pegi amek kerusi pastu pandang orang berkenaan dari kedudukan atas kerusi. No No. Itu salah ye kawan-kawan.

Maksud CM, CM tak suka kawan ngan orang camtu, pastu CM rasa IQ dorang rendah. Pada hemah CM, kalau orang tu keje gaji murah, mesti dia berpendidikan rendah. (Maafkanlah kenaifan CM dulu)Pernah satu ketika, kawan-kawan CM cerita abang-abang kat kantin sekolah CM budak Universiti sumenya. CM tak caya. Mati-mati tak caya. CM ckp, kalau betul ada degree ke diploma ke ngapenya keje kat kantin skolah je? dahla gaji tak banyak.Menipu tak beragak.

Sampailah CM habis belajar kat U, time tu CM tercari-cari kerja. CM buat macam-macam kerja. Jaga kiosk jagung(check), kerja kantin (check), kerja cashier (check), kerja tukang sapu (check), Jaga tol (check). CM bukan takde degree, CM bukan low IQ, tapi CM ta dapat kerja yang sesuai ngan qualification lagi time tu.

Adalah sekali tu masa kerja kantin, cikgu sekolah tu cakap dengan nada sombong ngan CM "Budak-budak sekolah ni semua pandai-pandai, semua ni nanti bakal pekerja professional. Dokte, Engineer, Arkitek. Kerja buat air ni kerja orang-orang takde degree je"

Sentap betul CM time tu. Serta merta CM teringat apa yang CM pernah buat masa sekolah menengah dulu. Rasa macam karma. Rasa macam "hah, padan muka!" setepek kene kat muka.

Sejak hari tu, CM belajar neutralkan hati, hormat setiap manusia yang CM jumpa. Tak kisahlah pangkat, rupa, harta yang dia ada. Kita takkan pernah tahu, orang yang kita nampak selekeh masa tunggu bas sama-sama mungkin CEO syarikat besar. Dia punya kereta rosak, Die betulkan kereta, tapi baju kene minyak hitam, sebab tu nampak selekeh. Pastu kita buat-buat sombong bila die tanya jam. Tup tup rupa-rupanya kita nak gi intebiu kat opis die..Dia nampak je kita terus die tutup pintu sebab kita tak reti nak tolong orang dalam kesusahan.. Haa... kan dah rugi kene rejek sebelum intebiu(buat drama sket)

Kalau kita senyum, buat baik ngan orang, mesti orang pun sejuk hati, buat baik ngan kita plak. :D Jadi jangan hilang rasa hormat pada orang. Tak kisahlah siapa pun orang tu. Hatta dia seorang penjenayah pun. Sebab kita pun bukannya orang baik. Setiap manusia itu pendosa. Takde yang tidak berdosa kerana yang maha sempurna itu hanya tuhan kita. :)

Assalamualaikum semua.

Dah lama rasenya CM tak hapdet kat belong kusam, buruk, habuk, busuk tapi masih menten manis ni. CM bizi teramat. Buat pengetahuan sume, CM dah ta mengajar kanak-kanak lagi. Tadika tersebut sampai hati menge'kick' CM. sob sob sob.

Takpela, dah takdiran, CM tak berjaya mengekalkan rekod menjadi guru tadika terberjaya di abad ni. Skang CM dah balik ke kampung, tanam jagung. Tsk. Tipu je, balik kampung betul, tanam jagung tipu. Bukan apa, kawasan kampung CM tade tanah sesuai untuk tanam jagung, tanam pokok bunga je boley, itupun dalam pasu. Itupun tanah tu kene beli kat Bunga Raya Nursery sebelah petronas kat hujung kampung.

CM rasa nak berliar-liar (kata lawan untuk berjinak-jinak) semula dengan blogging ni. Terimalah CM kembali ya kawan-kawan. Terimalah terimalah terimalah (merayu peluk kaki)

Kalau tak terima takpe, CM ngadu kat Lalitha. Mesti dia layan CM. (muncung)


Okthnxbye!

p/s cool la okthnxbye ni. nak gune jadi trademark la. :B




Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.

Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. "Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut. "Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya.

Pada hari yang Pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.

Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.

Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.

Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.

Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini.

Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.

Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.

"Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda."



++ kredit to Mar Lee Naa (membe FB)