Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.
Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. "Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut. "Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya.
Pada hari yang Pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.
Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.
Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.
Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.
Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini.
Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.
Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.
"Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda."
++ kredit to Mar Lee Naa (membe FB)
Kaunter Pertanyaan :)
Penyiram Pokok
Pemetik Bunga
Cium Bunga
Kawan Bunga
Hidu-hidu bau bunga
Bunga Segar Rasa
Pembawa Bakuls :P
Bunga Semalam
Taman Bunga
-
Distraction3 years ago
-
Yayyy! Instagram Cik Epal dah verified!5 years ago
-
-
-
-
Pasal Toujours Advanced Collagen Shots9 years ago
-
-
pErEmPuAn DaN tAnGisAn13 years ago
-
-
-
-
-
Adakah anda, selaku seorang gadis cepat merajuk? dan adakah anda mempunyai sifat semulajadi sedemikan rupa ataupun anda sebenarnya saje-saje membina sifat merajuk tersebut?
hoh, ape jenis ayat ntah tu.
Maaf, bila dah lama tak menulis ayat pun ntah pape. eceh, macamlah ayat sebelum ni edisi bahasa pustaka.
kemarin, CM menonton sebuah teater. Member CM bagi tiket free. n ini first time sebenarnya CM pegi Istana Budaya :P. CM tonton Teater Uda dan Dara.
Pelakonnya Misha Omar n Razali Hussin. Seriusnya, masa tgk teater tu, rasa sangat jatuh cinta sama Razali Hussin. hikhik. Dia nampak macho, pandai besilat, pandai menari, romantik, suara sedap. hoho
Tapi lepas satu adegan tu, CM da rasa ta selesa oh. Ada aksi mereka beromen kat tempat biasa dorang berjumpa sebelum Uda pegi ke bandar mencari harta.
masa tu terus terlintas "errr... seni ke ni?? macam dah lain macam dengan adat melayu jee"
Itu jela yang buat CM rasa segan. Yela, CM pegi ngan kawan-kawan. TAPI CM duduk dikelilingi lelaki kot time tu. Jadi, sebagai gadis sopan santun berbudi pekerti, adegan panas cenggitu haruslah membuatkan CM rasa segan. =.='
Tapi, first time experience pergi teater memang sonok. Tapi lagi sonok kalau pegi ngan suami. ehek. bukan ape, part romantik2 tu bley jugak peluk2 beliau. Ini tak, CM asek peluk beg ngan kusi je. haha
Oke, da nampak gatal sangat nih. Bai.
**Tiba-tiba tade cite pasal gadis merajuk. hikhik. lenkali la post pasal tu. :P
Saya mahu pergi ke Pangkor bersama kawan-kawan
Jadi..
Bai!~