Cik Melur

.Kronologi Gadis Manis. Oke, Muntah-lah Sikit. Jangan Banyak Sangat.

Tiap kali tiba minggu Maulidur Rasul mesti sekolah akan buat macam-macam aktiviti. Selalunya aktiviti berbentuk keagamaan. Ada pertandingan tulisan khat, pertandingan hadis, pertandingan cerita nabi, pertandingan hafazan Al-Quran. Tapi yang paling ditunggu-tunggu ialah pertandingan nasyid.



Yelah, masa kat sekolah dulu, inila time nk usha lelaki idaman menyanyi melontarkan vokal. Tak senonoh btul, bukan nak hayati apa yg disampaikan dlm nasyd tu. Eleh, bertuah sangatlah sape yang dok hayati bait nasyid tu. Yang banyak pun gadis-gadis sibuk ngan kamera amek gamba lelaki kesukaan nyanyi nasyid.



CikMelur pun tak ketinggalan jugeeee.. Mana bley, nyanyi-nyanyi nih kemestian utk CikMelur, dah nama pun gile karoke. huhu. CikMelur selalunya akan jd wakil kelas untuk acara nasyid ni. Tepilih jd solo oke. SOLO. (nak bagitau suara merdu :D)



Jadi masa hari pertandingan, CikMelur punye baju style sikit la dari orang lain. Solo la katekan. Orang lain sume pakai baju kurung putih kain hijau. CikMelur je pakai jubah hijau. Gigih CikMelur pinjam dari senior walopun besar saiznya. Pastu CikMelur pun yo-yo ah nyanyi. Step tangan diangkat, kaki digoyang sume steady. Perfek. Takde silap. Kertas warna warni dlm genggaman pun dah baling kat audiens. Sume nganga-nganga kagum ngan persembahan kelas CikMelur.


Di akhir persembahan, Cik Melur jadi orang last keluar dari pentas sebab duduk kat tengah-tengah masa nyanyi tadi. Tetibe, KECEPUK. CikMelur tepijak kain jubah sendiri. Lalu terjatuh di atas pentas. Malu ke tidak?? =.= Tapi CikMelur gagah jugak bangun dan lari laju-laju pegi belakang pentas. Malu maakk. Kat dpn pentas tu dah dengar sume orang dok gelak-gelak. Hilang ayu dok kontrol dari tadi.



Masa amek trofi pun CikMelur ta kuar sebab dah malu sangat kene gelak kaw-kaw. wuwuwu
Tapi itu tak pernah melunturkan semangat nyanyian dalam diri CikMelur. Orang cakap, meluntur buluh biar dari rebungnya. Ape kne mengena ntah.


p.s Kepada umat Islam semua, Selamat Menyambut Maulidur Rasul. Semoga kita menjadi umat Muhammad yang berpegang teguh pada ajaran sunnahnya, dan kitab tuhannya. Ya Nabi Salamun 'alaik Ya Rasul Salamun 'alaik.





Assalamualaikum bonda.

Apa khabarkah bonda di sana? Anakanda di sini sihat hendaknya. Bonda, tujuan anakanda menulis surat ini adalah kerana anakanda teramat rindukan bonda...lebih-lebih lagi mihun sup bonda. Mihun sup kat KL nih tak bley celen-lah masakan bonda.

Bila anakanda menghirup sup di dalam mangkuk, anakanda tak teringin pun hendak menambah lagi. Tak seperti mihun sup bonda. Baru mula nak suap, dah terasa nak tambah lagi. Kalau boleh, anakanda nak habiskan semuanya biar kanda-kanda, dinda-dinda dan ayahanda kempunan nak merasa. Tapi nanti, bonda kutuk anakanda kuat makan sebab tu tak boley muat baju bonda masa muda-muda (bonda ni selalu nak eksen tau)

Bonda, bagaimana dengan kesihatan kaki bonda? Maaf, anakanda khusyuk bercerita pasal mihun sup tu sehingga terlupa bertanya pasal kaki bonda. Anakanda taw, mesti bonda dah letak dadah dalam mihun sup tu kan? Sebab tu anakanda asek teringat-ingat je mihun sup bonda. Eh, terpesong lagi surat anakanda. Maaf atas kekhilafan anakanda

Bonda diharapkan sakit kaki bonda tu akan beransur pulih. Jangan lupa bersenam taw. Aritu anakanda dah belikan beskal senaman tu untuk bonda sebab bonda cakap dokte tu suh besenam. Tapi anakanda tengok, macam dah bersawang je beskal senaman tu. Bonda jangan..nanti anakanda amek beskal tu letak kat umah anakanda karang. Eh, maaf bonda, anakanda tak bermaksud nak mengugut.

Bonda, jangan risau tentang anakanda. Kalau ada papehal, anakanda SMS bonda nanti. Maaflah anakanda kedekut kredit nak telepon. Terpaksa. Itu kan dalam keturunan. Ampun maaf juga dipinta kerana minggu nih, anakanda tak dpt pulang ke kampung. Anakanda bakal berpindah rumah, jemputlah datang mandi swimming pool kat rumah baru anakanda.

Sekian sahaja surat anakanda untuk kali ni. Sayang bondaaa..MMuuuahhh...


p/s Bonda, buat mihun sup, jangan lupa simpan untuk anakanda sikit.

Sebut je Lady Gaga, mesti korang dah tau sape dan dah terngiang2 lagu hit dia mcm Poker Face, Bad Romance, dll. Pastu dia punya fesyen sense yg agak melampau.


Punya la banyak gimik minah ni kan. Tapi tau tak ape baju yg paling cun dan cantik menarik kau mmg da bomb dia pakai tahun lepas? Ni, baju kat bawah ni.



Sebab ape ni paling cun? Sebab ni sentuhan Bernard Chandran.

Hebat kan? Bangga kejap.

Kejap je laa..

Atas idung ni ada blackheads. Sebelum ni x penah perasan sgt, sbb aku ni pemalas sket nak jaga muka. Haha. Tapi aritu aku tgk adik laki aku plak beriya tampal koyok atas idung dia. Cek2, rupanya bukan koyok yer tuan puan, tapi Nivea for MEN Pore Strip. Heh.


So, aku pun sibuk2 la tanya utk apa. Katanya ada blackheads atas idung, so letak strip tu utk kuarkan blackheads. Pastu aku suh adik pompuan aku cek idung aku, dia cek pastu suh aku letak strip tu jgk. Aku pun rembat la satu strip Nivea for MEN dari adik laki aku. Mula2 ingat nak cari yg tuk pompuan, tp adik pompuan ckp, yg tu tak kuat sgt. Lagipun aku first time, so kene kasik yg kaw2 punya. Takut la jgk kan. Haha.

Blackheads yg itam2 ada bulu tu. Yucks!


Hasil bantuan adik pompuan n adik laki, maka strip dibiarkan selama 15min atas idung. Bila dah sudah, adik pompuan aku tarik, PIAAAAKKK!! Tak sakit. Betul nih. Heh.

Hasilnya? Tak byk la plak blackheads yg gugur! Aku cek2 idung, ada lagi blackheads atas idung ni! Adik aku cakap idung ni degil mcm aku! Heh. Tak puas ati tol!

Leh tak rekomen kat aku nak pakai ape utk ilangkan blackheads nih? Sejak dua menjak ni tgk cermin jek, nampak blackheads! Sblm ni x penah plak kesah! Cess.

Manis tak perlakuan tu? Ala, zaman dah moden, tak kisah sape start dlu ye tak? Kalau dah namanya jodoh, dalam kedai dobi bertemu juga. Eh, apa kene mengena. :P

Tapi masih ada lagi wanita zmn skang yang segan nak mulakan langkah mencuba nasib. Yela, malu tau kalau kene rejek shop. Mana nak letak muka? Kalau punggung pun besar, nak menyorok pun susah. Eh, cakap bukan-bukan lagi.

Ada jugak laki yang suke pompuan stat dulu, konon cam berani dan kompiden level tinggi la yang buat tepikat tuh. Tapi nak cari laki jenis camni pun agaknya 1 dalam 1000 la kot.

Aha. Ini agak sukar dilakukan kerana elemen gatal dan manis adalah sesuatu yang bercaanggah dengan undang-undang gadis baik-baik.

Jadi, di sini Cik Melur nyatakan beberapa langkah mengorat tapi masih menten manis daan tak kelihatan "gatai no gatai".

1. Harus belajar masak. Lepas tu, masak untuk makan ramai-ramai (pastikan masakan andaa lazat). Kalau boleh, masak makanan kesukaan si dia. Pastu sendukkan beliau makaanan yang andaa masak dan hiaskan dengan "perkara cinta". seperti contoh sos yang berbentuk hati ke, acuan cupcake bentuk hati ke. Kan nampak sweet(pandai masak) dan padaaa masa yang sama kelihatan ingin mengorat (dengan menggunakan "perkara cinta")


2. Jangan berhias dengan cara yang melampau. Cukup dengan mekap minima untuk mengelakkan daripada kelihataan bersungguh-sungguh nak mengorat. Kalau boleh sentiasa pakai pakaian tradisional yang tak menjolok mata seperti contoh baju kurung, baju kurung moden, baju kurung pahang, baju kurung kedah, sari, qing pao dan sebagainya. Jangan tak tahu, ada abang kepada kawaan Cik Melur jatuh cinta bila tengok gadis pakai baju kurung kedah. Beliau kata amat sopan dan manis.


3. Jangan tergedik-gedik di hadapan si dia. Cukup dengan senyuman manis yang diberikan di samping selalu melarikan pandangan apabila bertembung mata. Ini untuk memastikan keaayuaan timbul di situ dan si dia sedar yang anda menjaga pandangan.


Oke, setakat ini sahaja. Kita berbincang lagi mengenai perkara ini di hari yang lain. Akhir kata, jangan jadai seperti bunga dedap. Cantik di luar busuk di dalam.
Anda haruslah memakai deodorant sepanjang masa untuk mengelakkan diri berbau busuk. Sekian.

Ciskek.Kesakitan ini membara. Namun kuteruskan jua kaki melangkah menyampaikan ilmu utk anak bangsa. Sakit di dada ditahan. Demi melihat anak bangsa berjaya.


.
.
.
.
.

Kompem korang ta penah rasa sakit mcm nih. Bisul kat dada. Korang ada? =.=

Sakit..da merah menyala-nyala macam ultraman yang lemah masa lawan rasaksa.


hukhuk



abang-abang otromen buat-buat gagah. kau bolehlah nampak gagah! bateri tak weak lagi! *emo.emo*

Aku nak berterus-terang lah kan. Aku ada PEREMPUAN SIMPANAN.

BUKAN SEORANG. Tapi dua, tiga kucing berlari, eh eh, nak berpantun pulak.

Ada lah dalam 4,5 org. Heh.

Ada perempuan simpanan ni bagus utk kesihatan. HAH??!!! --> ni mesti reaksi korg kan? Sabar lah korg, aku tak bukak ceritera pun lagi.

Camni lah, kalau gaduh dengan Mr Kanna, aku selalu menumpang kasih dengan perempuan simpanan. Boleh manja2 dengan diorang. Gedik2 sikit. Cuit2 sikit. Ye lah, tengah sedih gaduh dengan Mr Kanna, kena lah cari tempat untuk mengadu. Tenang sket. Kan bagus, kan?

Kadang2 Mr Kanna sibuk. Wiken pun sibuk. Bila tak tahu nak pergi mana, talipon je lah pompuan simpanan. Tup tup, ada kete tunggu kat bawah nak bawak aku pegi jalan2. Ala2 sugardaddy lah jugak. Takde la resah tak ke mane masa wiken. Hehe. Kan bagus, kan?


ABIS TU MISS LALITHA, YOU NI BISEXUAL KE???!!!


Hek eleh. Kerek la korg nih. Dah lah, korg tengok lah sendiri pompuan-pompuan simpanan aku nih!





Perempuan Simpanan. Mereka tahu apa yg buat kita terperanjat, haru, suka, benci, dan makan. Mereka juga cantik dan bijak seperti aku.



I LAP YOU ALL pompuan-pompuan simpanan ku! Semoga PERSAHABATAN kita berkekalan sampai korg masuk kubur. Erk!!~


* Nak tengok pompuan simpanan org lain, pegi sini.

...ada eksiden yang melibatkan lady driver, ha??!!


Selasa baru2 ni, aku nampak satu eksiden antara keta wira yg dipandu lelaki dan sebuah kete swift comey yg dipandu pompuan. Cium bontot sket je lah kan.

Kebetulan masa aku tgh lalu tu, mereka gaduh bagai nak rak. Dh tue siap ugut-senggugut nak buat laporan polis. Aku lalu sebelah pun sebab stesen lrt ada kat depan diorang, bukan blkg diorang, so aku bukan nak lalu2 sana sbb aku nk sibuk2 kepoh ke ape ok.

Pompuan tu agak2 hot lah jgk. Yg laki tu plak bajet macho ngan spek itam dia. Klu tak silap, pakai perfume Hugo.

Sbnrnya aku taktau la diorg tu gaduh btol2 atau tgh beromen kat situ. Nak tau ape pompuan tu cakap?


"You think I can't handle a man like you?!"


Wah wah. Bikin panas btol ayat tu! Agak2 laki tu stim tak??


TAK. Dia tak stim. Sbb dia balas,


"You can't even handle your car!"



@#$%^&*!!!!!!!

Semalam, lepas balik keje, CikMelur dan rakan-rakan pegilah kat sebuah kedai makan kat Giant Kinrara. Konon nak makan dinner awal macam orang Cina la kan. Dinner around 7 camtu. Jadi kitorang pun pakat-pakat nak gi sebuah restoran nama Mango Chilli. Nampak cam sodap makanan dia. Makanan Thai. Kat dinding restoran tu siap ada tulis ingredient yang dorang guna untuk memasak. Sambil-sambil tunggu menu tu, kitorang berlatih la berbual dalam bahasa Thai. *padahal sebut pasal rempah ratus makanan je, berbual la sangat*




CikMelur: Kenanga, Sawadikap, Ham Daeng Prik?

CikKenanga: Saa-ri Naa Ham Daeng, Melur.


Ha..Paham?


CikMelur tanya "Kenanga, slamat sejahtera, bawang cili?" pastu CikKenanga jawap "Daun Kesum Bawang, Melur" apajadah ntah perbualan. Asal ada bunyi Thai, layan je la. :D


CikMelur pesan Ayam Goreng Dalam (Deep Fried Chicken) ngan Kerabu Mangga ngan Nasi Putih. Sambil sembang-sembang ngan kawan-kawan CikMelur, kitorang dok pom pang pom pang la cite kisah sensasi artis, dunia, politik, fesyen, masyarakat, masalah sosial, kerja. Kirenya kiteorang nih bley sembang pasal sume benda-lah.



Kiteorang dok makan guna pisau ngan gerpu..Ala, style omputih..Ayam Goreng dalam CikMelur tu bahagian peha ayam..Selalunya memang senangla disapu licin tanpa ragu. Tapi tiba-tiba hari tu, ntah camne ntah, CikMelur jadi kodi gile. Terkial-kial nak amek isi ayam. Sampai satu saat, ayam tu terbang masuk pinggan orang sebelah meja. SERIUS TAK TIPU... Pakcik sebelah meja tu pandang je kat meja kiteorang. Kiteorang bley belakon macm takde apa-apa yang berlaku. CikMelur, treus je jugak makan saki baki ayam dalam pinggan CikMelur. Kawan-kawan CikMelur plak tiba-tiba bukak topik pasal dunia hiburan, pastu ketawa *konon-konon ketawa sebab cite dunia hiburan*




Macam nila lebih kurang pakcik sebelah tu terkejut. =.=





Adoooooiii.. Malu CikMelur!! Tapi steady jek.. Kiteornag cepat-cepat bayar, pastu blah dari situ.


Pakcik, maaf ya, saya bagi lauk tambah plak kat pakcik. huu

Kejadian ni berlaku masa CikMelur masih lagi berhingus. Time tu CikMelur kemaruk maen game dlm laptop murahan yang ayah CikMelur belikan. Pada suatu hari, laptop CikMelur kong baterinya, jadi setelah cubaan mengecas bateri gagal, barulah CikMelur sedar, rupa-rupanya adapter laptop itu sudah jahanam sama sekali.

Jadi, CikMelur pun ajaklah sorang membe CikMelur temankan CikMelur beli adapter untuk charger bateri laptop kat satu kedai ni.

Kedai ni milik orang Cina. Setelah tawar menawar ngan jurujual, kami pun pergilah kaunter nak bayar adapter tu. Boley ta, cashier tu malas layan kiteorang dan tak pandang langsung kiteorang walhal kiteorang ni da banyak kali panggil dia?? Oh tak sopan betullah beliau.

Lepas tu, Cik Melur ketuk la meja nak bagi dia sedar, yelah ada kemungkinan dia terlampau leka ngan majalah kat tangan dia tu. Tapi dia pandang kiteorang pastu buat muka malas nak layan!

Huih, berapi la makk...Jadi CikMelur pun ckp kat dia

"Ello, ai mau bayar ini adapter. Yu tak mau jual ka?"

Dia bley jeling kat CikMelur, pastu die cakap ngan kawan die cong ceng cong ceng, pastu die tunjuk ke arah CIkMelur ngan member CikMelur sambil cakap:

"customer cong ceng PENTAN"

Berderau ah darah CikMelur time tu. CikMelur pandang je amoi tu. Pastu amoi tu tetibe senyum. bley? Macam pelik sangat tak? Oke, CikMelur tau, die sbenarnya nak cakap bodoh la tu kat kiteorang.

lepas bayar, CikMelur pun cakap kat dia

"Amoi, macam ni ka yu treat customer, cakap customer bodoh tiba-tiba? Mentang-mentang yu ckp chinese yu ingat kitorang tak paham? Kurang ajar"


Pastu Cik Melur terus blah tinggalkan amoi tu terkebil-kebil menahan merah muka.

Ini pest time CikMelur cobaan menceburkan diri dalam contest. Yeeha~. Sila sapot sambil membuat sepanduk! Contest ini telah diseliakan oleh beliau:




Ya, alkisahnya, beliau menganjurkan contest ini untuk melihat gaya trendy memakai belit shawl di kepala. Jadi, tak usah banyak cerita, kita layan gamba spesel ini hoke~




Ini merupakan gaya santai 1
. Gaya ini sesuai dikenakan ketika hendak kelihatan lain daripada yang lain dalam pemakaian shawl. Shawl dipakai seperti biasa. Sebelah bahagian dililit atas kepala, manakala sebelah lagi dijuraikan dan dibuat ikatan berbentuk bunga. Untuk mengelakkan ikatan tersebut terbuai-buai tanpa arah tujuan, letakkan kerongsang di celah bunga.


Ia sungguh manis dipakai ketika sedang mengajar anak murid kalau masuk pengakap *kan dorang banyak belajar ikatan tali :P* ataupun kita berdating bersama encik abang, mahupun ketika hari raya, ada kelainan gitu..





Gaya kedua diberi nama, gaya sempoi. Gaya ikatan shawl ini bermula dengan sebelah panjang dan sebelah pendek. Kemudian temukan kedua-dua hujung shawl di atas kepala dan pinkan. Nanti sebelah bawah dagu akan kelihatan juluran shawl seperti gaya sempoi (b). Kemudian, bawakan hujung shawl yang lebih panjang tadi ke sebelah pipi, dan pinkan (pakai macam shawl biasa)




Gaya ini seseuai amat ketika mengajar mahupun berjalan dengan rakan-rakan. Malah ia kelihatan kemas dan trendy. Jadi bolehlah anda berlagak di hadapan rakan anda sambil berkata "Saya gadis manis lagi trendy" :P

Semoga Cikgu Nurul Ain Mendapat inspirasi terbaik dari gaya shawl CikMelur :D