Cik Melur

.Kronologi Gadis Manis. Oke, Muntah-lah Sikit. Jangan Banyak Sangat.

Ini pest time CikMelur cobaan menceburkan diri dalam contest. Yeeha~. Sila sapot sambil membuat sepanduk! Contest ini telah diseliakan oleh beliau:




Ya, alkisahnya, beliau menganjurkan contest ini untuk melihat gaya trendy memakai belit shawl di kepala. Jadi, tak usah banyak cerita, kita layan gamba spesel ini hoke~




Ini merupakan gaya santai 1
. Gaya ini sesuai dikenakan ketika hendak kelihatan lain daripada yang lain dalam pemakaian shawl. Shawl dipakai seperti biasa. Sebelah bahagian dililit atas kepala, manakala sebelah lagi dijuraikan dan dibuat ikatan berbentuk bunga. Untuk mengelakkan ikatan tersebut terbuai-buai tanpa arah tujuan, letakkan kerongsang di celah bunga.


Ia sungguh manis dipakai ketika sedang mengajar anak murid kalau masuk pengakap *kan dorang banyak belajar ikatan tali :P* ataupun kita berdating bersama encik abang, mahupun ketika hari raya, ada kelainan gitu..





Gaya kedua diberi nama, gaya sempoi. Gaya ikatan shawl ini bermula dengan sebelah panjang dan sebelah pendek. Kemudian temukan kedua-dua hujung shawl di atas kepala dan pinkan. Nanti sebelah bawah dagu akan kelihatan juluran shawl seperti gaya sempoi (b). Kemudian, bawakan hujung shawl yang lebih panjang tadi ke sebelah pipi, dan pinkan (pakai macam shawl biasa)




Gaya ini seseuai amat ketika mengajar mahupun berjalan dengan rakan-rakan. Malah ia kelihatan kemas dan trendy. Jadi bolehlah anda berlagak di hadapan rakan anda sambil berkata "Saya gadis manis lagi trendy" :P

Semoga Cikgu Nurul Ain Mendapat inspirasi terbaik dari gaya shawl CikMelur :D

5 Penabur Bunga:

hihi. sudah terjah cik melur! ;)

yeszza...tima kasih cikgu~

Missy, saya sakit otak ni. Mau berobat, bagaimana ya?

hospital.

terjah di sini =)

Post a Comment

Masa menaip anda bermula...SEKARANG! :D