Aritu aku jalan2 masuk blog orang, saje nak wat kecoh2 kat umah orang semua lah kan. Pastu, aku terjumpa satu blog ni. Dia cerita dia punya ex-hasben punya skandal. Aku pun teruja baca sebab gaya penulisan penulis blog tu sempoi habis walaupun beliau mungkin menopos anytime. Eh, ter-jahat pulak mulut nih! Hek.
Tapi, cerita kat blog dia memang best lah. Sebab dia memang story semua benda yang berlaku sebelum dan selepas bercerai. Kira, cerita dia sentiasa update lah. Dari malam dia sedar hasben mcm whisper2 kat tepon, sampai kuar masuk mahkamah, jumpe lubricant-you-know-what-lah dalam beg travel hasben dia. Iyo lah, mana aku taktau pasal semua ni, aku baca dari first post dia kat blog tau! Memang khatam waklu!
Pastu aku sambung berjalan ke blog lain. Terjumpa lagi kisah bini kene tinggal hasben dek menderam pompuan tua! Uihh. Biar benar???? Tapi cerita dia pun sangat sadis oke. Hari ini dia balik kampung, nak jumpa baby dia yang baru berumur 1 tahun lebih. Dah kene tinggal daddy. Haihh.. daddy oh daddy.. napa you sanggup wat baby you gitew? You jawab skarang! I tak puas ati oke! Eh, ter-emo jap.
Oke2, aku tau korang dah bosan sebab ntah pape je entri ni. Macam takde hala tuju kan? Hmm. Aku pun taktau ape point aku tulis entri ni. Mungkin aku tulis ni sebab aku nak ingatkan diri aku kalau (KALAU yer) aku kawen nanti, pastikan aku jaga laki tu elok2. Aku tau aku ni degil dengan Mr Kanna. Tapi kalau (KALAU lagi) dia jadi hasben aku (ade hati!), aku nak kasi kurang sikit degil tu. Aku tanak la nnt jadi macam citer Dalil Cinta tu. Pastu aku nak manja2 dengan dia slalu sbb aku tanak la dia pegi manje2 ngan betina lain! Hek eleh, emo lagi aku ni. Pastu aku nak pandai masak sbb aku tanak pompuan lain masak untuk dia pulak kan. Pastu aku nak ikut petua nasi kangkang. Erk!~
Mulut tak reti diam: Tak reti siang ikan ni! Tolong!
1 Penabur Bunga:
heh.
skrg ni laki or pompuan sama naik je.
Post a Comment
Masa menaip anda bermula...SEKARANG! :D