Cik Melur

.Kronologi Gadis Manis. Oke, Muntah-lah Sikit. Jangan Banyak Sangat.

Gadis-gadis luar sana, CikMelur nak bagi nasihat sikit. TAK PERLU seksi-seksi sangat bila keluar rumah. Kenapa? Ada sebabnya.

Sebab 1:
Cuaca di Malaysia nih panas. Kalau seksi sangat maka akan berbelang-belanglah warna kulit anda. Alangkan cikmelur yang berpurdah nih pun ketara warna kulit dahi dengan dagu tahu. TT


Kan CikMelur kata, jangan seksi kat luar, kan da berbelang kulit!

Sebab 2:
Katalah cikMelur nih konservatif ke hape pun, tapi gadis manis yang bercirikan keTimuran tak akan memakai pakaian seksi-seksi hanya semata nak menarik golongan penjual ikan dan sayur ketika pergi ke pasar. Woah, macam desperate sangat plak.


nih dah kenapa sangat pakai baju tido pegi keje kat pasar? =.=

Sebab 3:
Kantoilah bentuk tubuh badan anda jika anda memakai pakaian seksi. Katakanlah anda rasa diri anda cun, tapi sebenarnya anda berisi terlebih dalam bahasa mudah: berlemak. Maka, akan tertonjollah lemak yang tidak patut ditunjuk pada orang ramai. Buat orang rasa meluat dan menyampah jek. Nak-nak pulak kalau anda pakai baju Nampak pusat tu. Tak malu ke dikata orang?

Sebab 4:
Kasihan bakal suami anda. Yelah, patutnya tubuh badan yang anda rasa seksi tu hanya layak ditonton oleh sang suami saja ya. Barulah special buat tercinta. Ini tak, semua orang boleh tengok, hilang dah keistimewaannya.

Sebab5:
Gadis-gadis kena ingat, lelaki nih nafsunya 1 akalnya 9. Bila dia bernafsu, tak ke bahaya? Ditengok plak anda nih seksi meksi, mahu rasa nak terkam! Kalau tak dapat meromen anda, mungkin orang lain jadi mangsa. Tak ke haru??? Tak pasal-pasal anda mendorong kepada perkara kemaksiatan. =.=

Bila duduk umah pun jangan seksi sangat macam Nasha Aziz. Bahaya woah. Nak-nak plak kalo dpt tuan -rumah gatal pasang kamera diam-diam =.=. Ada kawan CikMelur cite, rumah jiran die penah dimasuki pencuri, tapi ada sorang je kene rogol. Lain semua tak kena, sebab budak yang dirogol tu pakai pakaian seksi sangat sampai si pencuri ta dapat tahan nafsu. Seram tak? Ini nasihat CikMelur je. Kalo korang rasa “suka hati akulah nak pakai apa” CikMelur tak bley halang. CikMelur ingatkan saja. :)

Lagipun tafsiran seksi kan berbeza. Ada laki cakap pakai tudung pun seksi juga. Auww..(eh, perasan diri seksi) Ada plak laki cakap, cara bercakap yang lemah lembut pun bley jadi seksi. Ada plak cakap, gadis yang pandai masak itu seksi. Macam-macam.

Tapi bagi CikMelur, gadis yang seksi adalah gadis yang yakin pada diri sendiri. ;P Dan laki yang seksi adalah lelaki yang mengambil berat dan sayangkan kanak-kanak.. (Eh, tetibe je cakap pasal laki seksi =.=)


hai..seksi tak ai?? (pengsan=.=)

4 Penabur Bunga:

cik melur seksi tak
erk888

err..
umm..

mana ada.. ai tak seksi

(malu.blushing)
**bajet muka putih gile sampai blushing.=.=

itu deus suka sama melur ka?

haha.
ni aku sangat setuju.






sexy tu something yg sangat subjektif beb. luas sangat maksug dia.

Post a Comment

Masa menaip anda bermula...SEKARANG! :D