Cik Melur

.Kronologi Gadis Manis. Oke, Muntah-lah Sikit. Jangan Banyak Sangat.

Esok Da April. Bulan April bulan besday orang-orang kesayangan. Ada besday ibu. Ada besday ayah. Ada besday Bedah (Eh, bedah bukanlah kesayangan sangat =.=) Satu benda yang paling best masa April masa 1 hb. Sebab ada April Fool. Orang Melayu fanggil "April Budus". Ye, ye, CikMelur tau, itu bukan budaya orang Timur cam kita nak kena-kena kan orang nih. Nak-nak plak orang Timur nih banyak sentap-sentap. Baru gurau sikit rajuk dah panjang. huuu.



CikMelur ingat lagi, dalam 3 taun lepas, CikMelur bosan-bosan duk umah pas balik keje n hari tu CIkMelur tak berAprilFOOL lagi. Jd rasa cam ta lengkap la ta kenakan orang. hikhik. Soooo, CikMelur kol ah membe baik CikMelur yang duk Sentul masa pukul 10 malam. Saja la timing malam sebab membe nih Cikgu sekolah. Haruslah kesan tensyen tu lama sikit :P


CM: Kin, CM rasa sangat bengang duk kat umah nih, kuar jom. Panas duk umah nih mengadap osmet tak semenggah nih.

Kin: Loh, kenapa plak? Oke, oke, Kin layan CM. Bila nak datang?

CM: Lagi 30 minit (letak tipon supaya kedengaran serius. dlm hati gelak-gelak kecil)



Tapi... lepas 15 minit, CikMelur kol balik



CM: dah ada kat bawah nih

Kin: Hoh. Awalnya. tak siap lagi nih. Jap-jap, pakai tudung jap.

CM: ok


Lepas 5 minit, Si Kin nih kol CM.


Kin: Weh, kat mana?? Kata ada kat bawah. Seram ah bawah nih.

CM: Oh, CM tipu je. Cm ada kat umah nih. Hehehehe. APRIL FOOOLLL!!! hikhik. Tamau maraaa
....

....

....

CM: Kin, Oke tak nih???

Kin: Pegi jahanam la kau punya April Fool. Aku sanggup ta makan megi aku da kembang tadi sebab tekocoh-kocoh nak siap. Aku dah la lapar gile tak makan dari siang! Boleh berambus ko punye April Fool

CM: err..Kin...(telepon dah letak)



ERK. OKE. MY BAD. MY BAD. Kin ta nak pikap kol CikMelur 2 minggu tahu.. Habis la bengang benar beliau ta dapat makan megi.. hukhuk.. Nasib bek skang da baik tahap peluk-peluk, laga pipi bila jumpe sekali sekala. :P



Korang kalau nak kenakan kawan berpada-pada tahu.. Jangan buat kawan sentap, nanti sadis plak hubungan korang..

8 Penabur Bunga:

kalau kat bawah tu ada jelmaan CM camana?? hahaha.. seram tak?

Err.. yang tu, Kin la yang kene seramm.. CikMelur teselamat.. hikhik

Nasib baik bukan kene kat aku. Kalu tak, pembalasan nyer lebih kejam, Melur. LEBIH kejam.

woah. Lali, jangan-lah begitu. hikhik.. Ini gurauan saje.. :P

Miss Lalitha said...

Eh, ai pun bergurau jugak. Hikhikhik... April FOOL Melur!

tahun nh adalah 1 april yg plg sunyi, sepi dan tenang.. agaknya manusia ni semua dah insaf kot.. 2 thn lps kena kaw2 konon bos nk jumpa. gi jumpa sekali beliau tak call pon. cess!

hik hik. cik Aini terkena. Taun nih CikMelur tak kenakan orang pun.. huuu

isk, sian kawan tu..

Post a Comment

Masa menaip anda bermula...SEKARANG! :D